Tuesday, May 22, 2012

tomato dan kecantikan

Assalammualaikum..

sure ramai taw khasiat tomato nie kan?kalau yang tak taw lagi meh sini eira nak share.baru-baru nie wajah eira diserang dengan mengejut.timbulan-timbulan jerawat yang banyak.tangan eira pun tak boleh duduk diam.ada je nak merayap nak picit-picit jerawat nie ha..fews days ago eira dah try pakai tomato.sanggup pergi tesco nak beli tomato.siap pakai macam masker.adik eira ade tegur wajah eira dah makin cerah.alhamdulliah,membuah hasil jugak.so why not korang pulak try.tak perlu nak beli barang mahal-mahal kan :)..

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.


Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.


Selamat Mencuba !!

No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA :)
JEJEMPUT LA KOMEN SIKIT

kelik ekot suka ye :)