Tuesday, July 31, 2012

hello august!!

Assalammualaikum..

mulakan bulan ogos yang cantikcunmelecun dengan senyum okey.

pagi satu ogos ni eira dah start buat perangai masuk ofis macam ofis tu tokwan belah makbapak eira punya.masuk ofis lewat gara-gara tido guna dua bantal macam kat hotel.waduh.eira susah tido malam.but last nite couldn't give an answer.haha.what happen to us?eira sendiri pun tak tahu.anyway dah genap sebulan eira dikenali sebagai spiker di skali,gaji pun dah balun rentung tinggal sipi-sipi je buat lap taik mata.orang cakap gaji first nak simpan untuk kahwin pun tak lepas nie.

eira nak mintak maaf sebab lame tak update belog nie.kesian je tengok belog ni.sory sangat wahai belog cutemiut nie.busy bekerja la katakan.dah freshie graduate.kena la buat kerja bersungguh-sungguh even so far eira rasa eira makan gaji buta.but hoping la ogos nie dapat la merasa jadi content management.fuhh.desperate i need a job to do.rasa macam rindu pulak nak jadi designer.photoshop pun dah karat likat nie.hoping sangat dapat install photoshop dalam pc ofis.diharapkan bos besar tak marah :)


anyway eira just nak ucapkan SALAM RAMADAN kepada semua.raya nanti tolong la simpan sikit duit raya untuk eira.okeybai.happy ogos!!

Thursday, June 21, 2012

my sentitip skin

Assalammualaikum..

bila wajah yang sentitip memang liat kan nak jaga.tambah-tambah orang yang pemalas macam eira nie.seyes.bila dah naik tompok-tompok merah kat wajah tu.mula la nak menangis.time tu picit punye picit.tinggal la parut yang hitam kureng manis tu.dah muncul parut pulak,mula la pengsan macam snow white melahap epal beracun.*ade motif ke? 
bagi eira semuanye up pada keupayaan masing-masing.kekadang kita teramat busy sangat sampai tak ada masa nak menatap wajah lama-lama kat cermin.kalau untuk penganggur macam eira nie,masa tu ada saja.tapi rajin tu berkurangan.hehe.


kulit eira teramat-amatamat la sentitip,.mak oii kalau kena gigit nyamuk.merah menyala saketnye.parutnye bertahun tinggal kenangan.apa nak jadi.mula la nak cover dengan foundation.bedak tu tempek punye full page macam tepung beras dah.hanya tahun nie eira merasa la.kulit eira dah tak ada parut.cerah sikit.alhamdulliah la.lepas jumpa product yang okey untuk eira.eira nie bukan jenis nak beli barang mahal-mahal tapi effect dia ciput je.memang hampeh la kan.


actually ini just pengalaman eira.memang sebelum nie wajah eira memang gelap dan beparut.memang malu sangat.nak bergambar pun malu dah.dah dapat merasa kulit dah okey balik.lega rasa.gambar pun berkeping-keping amik.semua nak interframe.hehe.




eira just suggest.kulit muka kita tak sama.apa yang penting.sebelum tido tu.jangan la malas-malas nak cuci muka. :)


apa itu sabun susu beras?click here

saya dah GRADUATE!

Assalammualaikum..

lega sangat-sangat rasa macam nak meruap-ruap kegembiraan.rasa nak joget sampai tersembam sebab hari nie result dah keluar habis.ini adalah result terakhir eira sebagai seorang pelajar Kolej Poly Tech Mara Ipoh.amin.
dengan bangga hidung kembang kepis bernafas belagak punye.akhirnye.officially eira dah GRADUATE!

alhamdulliah.syukur sangat.





lepas nie kerana kerah ketiak berpeluh untuk bekerja.amin :)

Wednesday, June 20, 2012

sabun susu beras

Assalammualaikum.

Entry sebelum nie eira ade reveal product muka yang eira pakai.so mostly eira dapat question tentang sabun susu beras.Okey nak cerita la sikit sebanyak tentang sabun tu.nie semua gara-gara kawan mak eira promote sabun susu beras nie.mak cakap kulit dia licin gebu je.eira pun tak pernah tengok dia.so tak taw la fakta ke auta.sebab tak sure sabun tu jenis ape.eira pun was-was jugak.sebab tak pernah dengar pasal sabun tu.yela takut ade side effect kan tak pasai-pasai punah la rupa eira.mak eira teramat excited sampai beli 2.satu sabun susu beras.satu lagi sabun madu.sabun madu ni memang piaw nak habaq bau dia.boleh buat eira termuntah.mak eira cakap dia relax je pakai.kecoh la =.=.so eira just pakai satu je iaitu sabun susu beras.

mase first pakai tu eira tonyoh kat muka sampai merah.eira ada read article kalau kita pakai product yang buat kulit kita merah product tu tak okey.then eira stop sat.pastu sambung balik lepas balik cuti sem tengok muka mak makin putih cleanclear giler la.jeles sangat terus pakai jugak.then so far so good.masa tu eira still pakai pencuci muka safi.but eira maintain pakai sabun susu beras tu jugak.

member kolej ada tanya pasal sabun tu.eira pun suggest kat dia sabun.wajah dia berjerawat.sebab kulit wajah dia teramat sentitip.kena habuk sikit je jerawat dah naik.bila dia dah pakai dia kat sabun tu okey.alhamdulliah.sabun nie jugak ada dijual di toko-toko jamu.kalau price dia disekitar kedah below RM 10.00.lain tempat lain harganye kan :)

lepas eira pakai sabun susu beras.alhamdulliah.jerawat tak lekat sangat.parut lama pun hilang.kulit licin je.rasa macam nak main iceskate.

sabun susu beras.
Sabun Beras Thailand dibuat secara alami, 100% Original. Produk ini di buat dari beras melati dan susu. Beras melati yang digoreng terlebih dahulu menjadikan ia berbau wangi dan harum. Sering memakainya menjadikan kita tidak serasa sangat percaya diri karena efek postifnya yaitu memutihkan wajah. Membantu anda secara alami memutihkan dan mencerahkan dan tidak membuat kering kulit anda.
Keunggulan sabun beras thailand ini :
- aman dan tidak mengandung mengandung bahan kimia
- sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan sensitif
- dapat digunakan pada kulit wajah maupun badan

Fungsi untuk kulit wajah:
• khasiat susu dan beras membuatkan kulit muka anda lebih cerah dan lembut
• menghilangkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati
• membantu menghilangkan jerawat & kulit berminyak
• bisa digunakan sebagai pencuci muka untuk membersihkan make up pada kulit wajah

Fungsi untuk kulit tubuh:
• menghilangkan bekas hitam di ketiak, siku dan selangkangan paha, dll.
• memberi kesegaran sepanjang hari
• menghilangkan bau badan

Cara penggunaan Sabun Beras Thailand:
• gosok seperti pencuci muka dan sabun badan selama 2-3 menit kemudian bilas.
• gunakan pada muka & badan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

Directions: Oleskan Sabun Beras Thailand pada wajah atau tubuh selama pembersihan rutin harian, pijat perlahan selama 2-3 menit, kemudian bilas. Vitamin dan mineral dalam susu akan memelihara kulit Anda. Memberikan kulit perawatan pelembab setiap kali Anda menggunakan sabun.
Bahan Aktif: Susu Rice Extract, Vitamin B3, Vitamin E, minyak zaitun, Minyak Sawit, Gliserin Alam

Formula: 100% Beras susu sabun untuk semua jenis kulit


so kalau korang mencari-cari sabun nie eira dan kawan eira ada menjualnye.

Harga :

Rm 4.00 (seketul)
Rm 10.00 ( 3 ketul)

Postages :

RM 6.00 (Sem. Malaysia) 
RM 9.00 (Sabah/Sarawak)

Berminat??

PM here

what i use

Assalammualaikum

musim panas memanas nie tak menentu kan?kulit muka pun dah jadi kering bebenor.
hari nie eira nak reveal product yang eira guna dari wajah eira yang berjerawat until it gone.oh yeah.
kalau kawan-kawan seangkatan sekolej eira mesti tahu wajah eira mase sem 1.kusam,gelap berjerawat.kesan parut jerawat tu memang banyak.sebab jari jemari eira nie memang gatai nak mengupas,membongkar jerawat tu.masa sem 2 pulak bertambah teruk.orang kata bila jerawat melawat kat wajah tu tak boleh nak makan seafood iaitu udang.jangan la makan.memang naik sangat.kulit sentitip ni kena jaga dengan betul dan afdal.kalau tak habish la.start sem 3 eira dah mula change pencuci muka.

.masa kecik dulu jerawat tak muncul sangat.so boleh relax-relax lagi la.just usaha nak cerahkan kulit


pada tahun 2002 lebih kurang.eira try pakai clean&clear.ada kawan pakai muka dia cantek then dia suggest pakai clean & clear.masa tu muka eira burn sangat.rasa macam makin teruk.

Fair&lovely tak fair tak lovely.sedih.burn sangat

then eira try pakai Ponds.bedal yang mak punya.nothing change.bese je.tapi eira suka ponds.

 Olay muka berminyak sangat.

Biore memang best.eira pakai yang khas untuk jerawat.memang hilang.suka sangat.

Garnier berminyak jugak.muka jadi burn.

Nano white.tak ade effect ape pun

sabun V2 mangosteen.memang okey sangat.tapi eira pakai kejap je.sebab dah habish.

krim malam Natasya,okey.jerawat tak muncul.then dapat tahu natasya tak elok.stop terus.

masuk kolej member suggest Safi.memang best.jerawat start kurang.parut pun dah hilang.sampai ada yang tegur.alhmdulliah.until now eira pakai safi je.berserta krim dia.:)
sabun susu beras pun eira try.okey jugak la.nampak cerah sikit.

lepas interview bulan lepas.muka eira naik jerawat tak henti.macam tak ada trafiklight je.
eira ada cuba cara tradisional macam guna tomato,timun macam-macam lagi.effect dia oke.tapi parut jerawat tu liat bebenor.then eira try St.Ives.oh my!..memang okey sangat
disebabkan eira tak ada krim malam.eira tempek krim fair&lovely adik yang baru tu pada jerawat.sebagai krim jerawat.alhamdulliah.jerawat mula kecut terus.
kulit muka teramat sentitip.perlu penjagaan yang rapi memang perlu diambil berat jangan ringankan.hehe.
Actually eira tak just bergantung pada pencuci yang sedia ada.eira banyak buat rawatan sendiri di rumah.bila rajin je la.tak rajin tu.paham-paham ler :)

Thursday, June 14, 2012

unik itu kita :)

Assalammualaikum.

teringat pulak eira pada saat kecil muda lagi young gitu.eira nie memang kecik molek sejak kecik.macam biasa la.tak cukup kalsium.kalau dah kecik sangat tu kekadang memang boleh terdedah.memang terdedah sangat-sangat.dedah ape?otak korang dah jauh memikir tu ye.terdedah pada bahaya la.eira dari kecik selalu kena buli taw.maybe sebab blur sangat kot.sampai sekarang still blur tapi ohsem *oh please la muntah. 


dulu zaman jahiliah mane reti pakai tudung.aleh-aleh rambut terbang macam iklan rejoice.12 jam bertahan gitu.
seronok sangat kan rambut terbang macam model.tapi rambut eira bukan la macam rambut korang.ikal berayun-ayun.dulu eira memang susah nak jage diri.rambut pun malas nak jaga.sampai mak rimas sangat potong rambut makin pendek.padan muka eira.asal time nak potong rambut je lari lintang pukang.mak eira suka potong rambut tak ekut taste eira.sebab rambut eira curl.nak ada jugak la taste sikit.curl eira bukan calang-calang okey.kalao korang tak cukup nak buat megi boleh je mintak sikit.konfom sure la eira boleh bagi sikit.tak banyak.sikit je taw.

kalau dulu orang nak ejek panggil megi je.sedih jugak taw.kekadang nak marah,nanges.what so ever la hati nie rasa.sampai satu tahap eira buat bodoh je kalau kena ejek ke.buli ke.sampai la dorang fedup habish nak ejek.padan muka.bagi eira itu ciptaan Allah.so why nak malu.kalau dulu memang orang tengok rambut curl nie tak cantek la ape la.tapi cuba tengok sekarang.curl tu dah jadi satu fesyen.yang lurus nak curl yang curl nak lagi curl.eh come on la.jangan feeling down so down bila orang kutuk.setiap orang ade keunikan sendiri.feel happy about it.*ape motif entah la


unik itu kita.berbangga la dengan ape yang ada

Wednesday, June 13, 2012

Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara '.

Assalamualaikum


kelik la banner kalau nak join :)

di jemput kawan-kawan sahabat handai teman-teman memeriahkan giveaway nie.mane tahu rezeki dapat hadiah.untung besar tu :)tak salah kalau mencuba.boleh dapat hadiah superfabfreeze nie :)

Hadiah :
* Sebuah MP3 Player
* Sebuah Phone Samsung
* Sebuah Kamera Lomo
* Kpop Merchandise
* Inner Neck
* 30 Bloglist Selama Sebulan
* 10 Banner

ha tunggu ape lagi?moh leeerr


bee,jai,tika,ekin zizie anda ditag :)




Sunday, June 10, 2012

Joe Roast Lamb.YUummy!

Assalammualaikum..

hari malam begini orang dok sebuk pasal EURO.apa itu?haha.sorry i'm not a big football fan.but bila bola masuk goal.time tu la eira menjerit kononnye boleh jadi peminat.kejap je menjerit macam orang gilak.then buat bodohbijakkurangpandai sebentar.

korang rasa lapar tak?ade rasa nak change angin dalam perut tu yang dah sepoi-sepoi bahasa tu.meh eira nak rekemen tempat baik punye!tak kenal maka tak cinta.tak rasa maka tak tahu.mostly time wedding sekarang nie orang akan cari katering kalau orang-orang dulu sanak saudara teman handai jiran tetangga pulun nak siapkan makanan untuk kenduri,memang meriah.sekarang nia tak yah cakap banyak.periuk-periuk tu boleh simpan.hamik menu pilih la macam-macam setail ade.nak ala tradisional,ala carte,ala paris,ala western dan ala-ala laa..

Masih mencari-cari katering untuk majlis anda?cuba la terjah di  Joeroastlamb. Joeroastlamb menyediakan perkhidmatan Menu Special iaitu jeng..jeng....Kambing yang diGolek,diBakar dan diPanggang yang disediakan hot!hot! di kawasan majlis anda.tak percaya??
cuba tengok nie..joeroastlamb


bukan kambing je taw.macam-macam menu yang boleh melelehkan air liur anda..antara menu yang disediakan.


  • Satay Kambing
  • Satay Ayam
  • Barbeku berbeku
  • Salad
  • Buffet
  • Cocktail 
sudah-sudah dah terliur eira nie.*sambil lap air liur.slurrpp.anda dah slurrp??

Dengan harga yang berbaloi-baloi memang untung perut korang kan.dapat rasa makanan sesedap nie.kalau ade reunion memang sedap melahap nie.pemilik kedai nie kawan eira punya kawan punya kawan merangkap kawan punye boyfriend der.korang sebut name eira konfom dapat diskaun.hihi.

(encik taukekedai jangan marah ye) ^_^


Wednesday, June 6, 2012

she on tv!

Assalammualaikum.

cuaca yang sejuk terasa macam kat kota london buat jari jemari eira rasa lemah longlai nak menaip nie ha.hujan dari semalam buatkan kota sungai petani sejuk bebenor.kalau dah tido lemah je otak nak berfikir.sejuk sangat.

tadi enjoy sangat layan cerita cinta v-log.ohsem ala jiwang-jiwang gitu.heroin dia cantik sangat.i adore her.akibat tengok separuh jalan sebab kusyuk tengok secret garden kat 8tv tu buat eira terkapai-kapai apekah kesah sebenar-benar.musykil tahap gaban sampai excited dapat pegang remote.semua channel ditekan.last-last cinta v-log tu jugak dilayannye.yang syok tetiba mata eira tak lepas pandang kat kaca cermin tv tu.ohmy! baru notice someone eira recognized,and i think all blogger konfom kenal dia.Who is she?of cos la Maria Elena.yang lucu eira boleh buat muke suspen depan adik-adik.semua pakat tanya sape dia.bersepoi-sepoi question keluar.otak time tu krem sangat sebab sejuk melampau.padahal tak melampau.tetiba dengan tak sengajamengaja eira lupe name blogger tu.akhir siaran baru ingat she is Maria Elena.ohmy!..

kena makan banyak kismis la lepas nie =.=

Thursday, May 31, 2012

Exclusive Giveaway By Cik Bunny

Assalammualaikum..

ade giveaway lagi nie.jum la joinn....

klik banner for futher info 

janganmalujangansegan join lerr :)
" Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique) "


berbaloi-baloi


Are u a BLOGGER? Your chance to win some cash & prizes here!

Assalammualaikum.

Ini ade berita ohsem untuk semua blogger.benda yang senang sangat.untungnya berbaloi-baloi.Contest nie dari Julie's biscuits.konfom korang semua pernah makan biskut dari julie's kan?so ni la mase korang nak serlah menyerlahkan bakat korang.

Macam mana nak join?? nak taw hadiah dia ape?klik Sini Julie's Biscuits



korang just perlu tulis artikel pasal pengalaman anda dengan julie's and upload terus ke belog anda.mudah kan?tak kesah la saat-saat ape sekali pun.tengah melahap julie's biscuits pun korang boleh buat entry.kalau nak lagi gempak siap ade bukti bergambar la.snap la gambar sampai abis memory pun tak pe.sebab hadiahnye memang korang and eira sekali nak.ohsem.

semua info berguna korang boleh dapat kan disini dan link diatas tu ha.. :)

Tak perlu pun ke London untuk sokong Atlit kita di Sukan Olimpik! #VisaGoAzizul

Assalammualaikum

Salam Jumaat semua :)

Semalam eira ade tengok tv3 ada program teganu kite.memang best.semalam program tu mengungkap,mengopek dan mengupas pasal Sukan Olimpik trip to London tu.banyak atlit Malaysia yang tercalon untuk mengharumkan nama Malaysia.tetiba eira rasa bangga sangatteramat la.sebab bukan calang-calang orang yang tercalon nie.oleh itu jum la kita sama-sama memberi sokongan untuk atlit Malaysia kita.untuk support klik SINI. tak perlu nak pergi london nak support sedangkan kita pun boleh support dari tanah air kita.eira sudah.korang bile lagi??

Wednesday, May 30, 2012

eira dulu dan sekarang

Assalammualaikum..

kalau sebelum nie eira dikenali sebagai pelajar kolej poly tech mara.and now dah grad rasa macam 3 tahun tu terlalu banyak perkara yang busukmasampahittawa yang eira tempuh.biasa la adat masa belajar.masa tu la kita nak kenal diri kita.kawan-kawan baru yang sebelum nie kita tak kenal langsung dari setiap pelosok negari.kiranya eira dah boleh buat peta malaysia la dapat kawan dari merata tempat.

sepanjang  tahun belajar eira dah boleh notice la perubahan.betui orang cakap pengaruh rakan sebaya lagi banyak dari pengaruh diri rumah.it's true.eira rasa semua tu berubah.kalau dulu nak jaga kesihatan kulit wajah punya la malas.yang eira tahu lukis celak kat mata macam budak gothic kononnye la.padahal tak pun.just terpengaruh dengan avril la tu.

eira terbukak balik cerita kolej nie sebab terbelek la gambar masa sem 1 kalau boleh memang tak nak tengok,tapi hard disk dah penuh kena jugak la bukak kan.bila dah bukak.MasyAllah eira ke tu?mula la nak tanya kat orang padahal dah terang-terang tu gambar eira.malunye.macam budak-budak je.tangkap gambar.kalau boleh nak hamik gambar tu posing mesti keatas.macam mata juling tu.lepas tu amik posisi yang baik saja.yang penuh jerawat tu pandai-pandai la edit.kalau dulu baru sem 1 tak belajar photoshop kami pakai photoscape je.mula la gambar colourful je.eira pulak yang ketawa besar bila tengok.masa tu baru dapat henfon ada kamera.penuh memory la.serius malu nak tunjuk kat anak cucucicit nanti.kesian dorang nak mengaku tu nenek dorang..

benda lama tu boleh jadi kenangan.bila dah tak ada benda nak tengok.belek je la.lepas tu ketawa besar-besar.nanti boleh la cerita kat anakcucucicit masa tu la nak adding apa-apa up to you la.kesian betui generasi baru eira nanti.eira tak boleh nak upload gambar lama eira.konfom korang ketawa besar punya la..:)

love quotes

Assalammualaikum,..

read this :)

Tuesday, May 29, 2012

banyaknya cincin mak jemah!

Assalammualaikum

eira suka kumpul barang.macam barang la eira kumpul contohnye majalah galaxie,reben-reben,jewelry yang paling eira suke and yang mesti ade kat jari setiap gurl in this world is CINCIN.itu barang kemestian.doesn't matter la diberi,dibeli,dikasi kecuali dicuri.yang cantik yang indah itu la perlu ade di jari..jom selongkar...
abaikan jarijemari eira yang kurang kalsium tu >.<


ni baru sikit.actually ade lagi banyak.satu dipam dalam tandas rasanya tak perlu cerita tu.maybe 2 or 3 cincin di beri pada abang dan adik.satu cincin pada encik buahati.cincin kesayangan tu.mr.nak sangat terpaksa bagi.sampai termimpi-mimpi cincin tu..cincin tu semuanye low class je.mostly eira beli dekat pasar malam je.sebab terlalu teringin nak cincin.cincin konon bertakhta diamond tu hadiah dari mummy eira.eira sayang sangat cincin tu and hope maybe time wedding nanti nak pakai cincin macamtu :) cincin berbentuk bintang macam rock star tu gara-gara eira suka sangat tengok cerita instant star.pernah tak korang tengok?ade influence avril lavigne sikit.tapi tak pernah pakai pun.tu nampak bersinar lagi tu.disebabmenyebab jari eira kecik sangat.kebanyakan cincin tak muat pada jarijemari eira nie tapi eira beli sebab suka je.

bawal pun kena ada style








Friday, May 25, 2012

ketawa itu perlu

Assalammualaikum :)

pernah tak korang ketawa sampai menangis teresak-esak or maybe ada yang sampai terkucil akibat overdose ketawa punye pasal.pernah kan?confirm pernah sebab eira pun pernah taw.jangan segansilu nak mengaku.angkat tangan cikgu eira nak kira nie (berangan lebih nie) 
eira suka kawan-kawan yang buat lawak bodoh tahap kurang cerdik giler la sebab eira boleh ketawa puas-puas sampai terbahak-bahak until keluar kahak.haha.
eira ada jugak la dengar kata-kata orang.bukan eira cakap ye.orang lain ye.
ada yang guna ketawa tu nak cover hatijantung yang tengah lara.actually ketawa nie boleh jadi penawar kan?bila kita betui-betui desperately down giler ketawa tu perlu.ketawa jugak boleh hilangkan stress.eira selalu stress selalu ketawa.kalau nampak eira ketawa nampak celah-celah gigi tu stress bebenor la tu.
ada jugak yang cakap ketawa nie boleh buat kita awet muda.ketawa boleh hilangkan kedutan kat muka.entah mana fakta eira celup nie pun tak taw la.pakai tarok je.tapi tu la tips eira nak kekal awet muda nie.even ada yang cakap umor eira nie melampau jauh bebenor.apa-apa pun eira still young.hihi..


bagi eira ketawa tu ohsem.tak ketawa jadi la macam squidward so pathetic..
without laugh our live with be miserable.

high fever

Assalammualaikum..

buat beraparapa hari nie eira tak boleh nak update belog dengan rerajin.disebabkan kesihatan tubuh badan yang kurang menberangsangkan.akibat demam panas yang teruk.sambil menaip dengan mata bengkak sebelah nie.dengan sedih,sesedih,sedihnye eira nak taip panjang-panjang tapi tak boleh.

anyway jaga kesihatan kawan-kawan kan.
cuaca sekarang tak berapa menentu.so take care ye :)

Tuesday, May 22, 2012

Segmen follower by group

Assalammualaikum..
eira nak join segmen ohsem nie..jom korang ramai-ramai meriahkan lagi
 :)


jejemput la klik banner kalau nak join
terhad 40 orang sahaja ye 
littlemisseira > blog cun

tomato dan kecantikan

Assalammualaikum..

sure ramai taw khasiat tomato nie kan?kalau yang tak taw lagi meh sini eira nak share.baru-baru nie wajah eira diserang dengan mengejut.timbulan-timbulan jerawat yang banyak.tangan eira pun tak boleh duduk diam.ada je nak merayap nak picit-picit jerawat nie ha..fews days ago eira dah try pakai tomato.sanggup pergi tesco nak beli tomato.siap pakai macam masker.adik eira ade tegur wajah eira dah makin cerah.alhamdulliah,membuah hasil jugak.so why not korang pulak try.tak perlu nak beli barang mahal-mahal kan :)..

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.


Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.


Selamat Mencuba !!

Monday, May 21, 2012

dapat jugak merasa ! yummy!!

Assalammualaikum..


petang tadi pulun bersiap nak hantar adik pergi bus stesen.bertebal-tebal bedak ditempek dekat muka.gebu giler habis terus bedak tu.dah kena beli baru.lepas hantar adik pergi drift dengan abah pergi tesco.untung ade promosi.dapat jugak beli aiskrim :)





fruit salad..yummy!!



Sunday, May 20, 2012

Nak tudung bawal FREE??

Assalammualaikum..

korang nak tudung bawal for FREE tak??yess..FREE..join la contest nie.mane taw dapat tudung bawal nie boleh bergaya bila nak keluar nanti.eira dah join.korang bile lagi :)

cantik kan??


klik direct link nie oke :)

Reveal artwork

Assalammualaikum..

terasa berat jari jemari nak menaip hari nie.so maybe harini korang just tengok la some artwork yang eira buat sepanjang praktikal.tak boleh upload banyak-banyak.malu la..design tak gempak seberapabanyakcanttik pun.kalau ade kate-kate yang menberangsangkan sesila la komen ye.komen anda amat dihargai :)


banner untuk mpspk

button badges for kpop merchandise.korang boleh dapatkan barang kpop dekat sungai wang.murah-murah :)


mug pun ade :)..

cukup sikit je la okey.tak boleh banyak-banyak.seyes eira malu la nak reveal.design tak cantik mane pun ..

"Segmen: Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Ain!!!"


Assalammualaikum.. :)



sejak dah grad nie macam benda dah boleh buat.ade je mase dan peluang.orang cakap ade peluang tu kita grab je kan.peluang nie datang dan berlalu pergi macamtu je.kalau tak grab rugi.so now eira nak join adikmanis nie punye segmen.korang pun boleh join jugak :)




nak join??? SINI

Saturday, May 19, 2012

agak-agak boleh percaya tak?

Assalamualaikum...

korang ade tak image-image korang mase kecik?eira baru je sedar betapa buruk dan hudoh la muka eira mase kecik-kecik.kekadang meyesal jugak la main parit tepirumahcikmelah tu.kesian pun tak guna tapi itu la terjadi bila terlalu taksub dengan keseronokan pada zaman kecik-kecik dulu even sekarang pun kecik lagi macam tak ade effect je ketinggian eira nie.

kalau kecik-kecik dulu suka main tangkap ikan dekat tepi rumahmakcikmelah(bukan nama sebenar) bila dah dapat tangkap tu pakat pulun cari tin nak isi ikan.dah tu habis tudung tin susu dibedalnya eira dan adik eira.dah siapkan bara api tu terus masak ikan longkang itu.bukan nak makan pun saje sebab suka bunyi bila percik air or ikan atas tudung tin susu tu.macam mak asyik goreng ikan kat dapur.seronok taw mase kecik-kecik nak sangat.bila dah besar.hamik la.goreng ikan je kerjanye kat rumah nie.hehe..
bila dah keluar rumah without protection (mase tu mane la kenal sunbeblock nie).bila dah balik rumah rase gelap je rumah.rupanya bukan rumah yang gelap.rupa dan keserian wajah eira terus gelap..nasib baik mak tak pengsan time tu.sampai kebesar la ganasnye bila buat kerja.kalau teingat balik time tu rase best je.tak payah nak fikir ape-ape.enjoy je tangkap ikan hihi..





agak-agak korang kenal mane satu eira.cari la.:) 

bila dah besar dah sedar kena jaga kesihatan dan warna kulit.terima kaseh cahaya lampu kerana menyinarkan cahaya agar wajahku putih berseri.hehehe..

tips cantik :kulit lebih halus dan bermaya

Assalammualaikum..

kita sering utamakan kecantikan kulit wajah tanpa kita sedari tubuh badan kita yang lain seperti kaki dan tangan terjejas sebab kita kurang titik beratkan tentangnya.Untuk atasi masalah ini cuba la amalan ini oke :)

eira dah cuba ianya memang absolutely berkesan la.tak payah pakai losyen mahal-mahal nak kulit lembut macam bayi.sedangkan kita boleh buat semuanya sendiri


  • ambil 2 genggam beras pulut (eira pakai tepung pulut je)
  • beras biasa -sangrai  didalam kuali hingga berwarna keperangan dan berbau harum
  • then dah sangrai kisar ia tapi jangan telalu halus.
  • perah air asam jawa dan campur dengan susu tepung
  • gaulkan menjadi pes tidak pekat dan tidak cair oke.
korang boleh la pakai waktu mandi ke.konfom kulit korang sehalus kulit bayi,putih berseri dan lebih bermaya.
eira dah buat semua bahan kering dulu.bila nak gunakan untuk mandi baru eira perah air asam senangkan.cuba la mesti korang teruja nak buat lagi ^_^

mak cakap ...

Assalammualaikum...


mak cakap........................

eira dah gemuk
pipi dah tembam..

nak nanges rasanye  huhuhu...

(tetiba lagu dil ha tumhraa bergema)

korang kaki "LIKE"?

Assalammualaikum..

lama rasanya tak update belog kesayangan hamba ini.intanpayungku.sejak busy kemain minggu lepas.bese la tu budak baru habis grad.lappy pun tak sehat lagi.dah tak ade mood nak update.hope get well soon ye lappy ku.

orait la..korang semua konfom ade mukabuku kan?budak-budak hingusan pun ade kan.dunia teknologi sekarang nie semua benda budak-budak dah boleh merasa.zaman eira mudamudi dulu nak pakai henfon pun tak reti lagi.kalau dah face mukabuku ni.buku pun dah tak nak ditatapnye.kan..

ape yang korang describe bile korang nie kaki "LIKE"?
kenapa korang like status seseorang itu?
kenapa korang like gambar seseorang itu?
kenapa mengapa korang like??

eira macam korang jugak.kaki "LIKE".eira suka like status kawan-kawan just to show some support from me.sometimes bila gambar and status tu berpatutan dan berbaloi untuk diLIKEkan.so eira dengan tak segansilusipisipi terus tekan LIKE..mostly benda yang eira like tu sebab eira suka.kekadang rasa best pulak dapat like tapi tak komen.haha.kawan-kawan pun dah panggil eira kaki like dah.bagi eira itu cara eira nak show support for my friends.nak komen kekadang internet just bagi like je.bila nak komen dia marah betui dengan eira terus disconnect berukband nie..sedih taaww.. :(...

kalau gambar pulak mostly kawan-kawan dalam mukabukuberbuku eira semuanya cantek-cantek belaka dari eira.gorges sesangat la.and that inspired eira untuk lebih menjagarapikukukaki agar lebih sehat.(ade kaitan ke?)bila dah eira "LIKE" itu bermaksud anda cantek dan comel.kalau gambar kelakar itu include jugak la ye :)

 terima kaseh buat kawan-kawan yang sudi terima eira sebagai friend dalam mukabuku kawan-kawan semoga ukhuwah persahabatan terjalin dengan gemilangterbilangcemerlang ^_^



Monday, May 7, 2012

jejaka itu bergaya,tapi kan......

Assalammualaikum...

selamat malam semua.penatnye membuat senaman kaki dari tengahhari dating-dating dengan my mummy daddy n my little brother.mula-mula ke hospital..urghh..memang bukan niathatisanubari nak pergi hospital.tapi abah ade date dengan doktor.terpaksa la teman.tengah tunggu surat dari doktor.tetiba terdengar suara orang. menangis.masing-masing terkejut doktor kat situ pun terkejut taw,rupanya ada seorang kakak nie.dia kurang upaya,menangis mencari ibu dia.ibunya meluru keluar dari bilik doktor pergi ke anaknya.kalau dilihatkan kakak tu sudah berusia tapi dia insan istimewa.saat eira lihat ibu dia lari mendapatkan anaknya.dia memujuk anak dia yang menangis tu seperti anak-anak kecil kerana perwatakan kakak tu seperti kanak-kanak.mase tu eira dah paham.kasih ibu tak pernah hilang,walau macamana pun terjadi.tersentuh hati melihat ibu dan kakak tu.buat eira rasa bersyukur eira dilahirkan sempurna oleh Allah S.W.T

okey la..then kami pergi ke econsave.berliku-liku jalan kami tempuh ni ha..dah sampai time tu berpusu-pusu la nak cari barang.eira dengan misi and mission nak cari coklat.yummy.then eira notice ade seorang jejaaka ni ha.baju dah la same color dengan baju eira.green color.muke macam single mingle.or maybe dah married.ramai sangat dah kawen awal.tak kenal mane dah kawen or belum.rasa macam dia follow je.nak jadi bini no 2 ke?melebihkan perasan memang tak weird la sebab dia pun cari barang jugak.nak jadi weirdnya bila dia berada few kilometer belakang eira.bila eira pusing je....tetiba kan...................

.gaya dah ada,siap pakai sunglasses dalam mall.tapii kenapa ada jari dalam hidung cik abang? 


dengan sertamerta eira terus lari cari mak,and pretend there's nothing happen.sambil terbayang-bayang wajah cik abang tu..agak-agak kalau dia bukak sunglasses dia time tu.maybe eira akan nampak wajah cik abg excited jari dalam hidung tu kan?



Thursday, May 3, 2012

"saat memalukan"apa yang anda lakukan?

Assalammualaikum..holla.

pernah tak korang buat something yang memalukan dalam anda sedar or tak sedar?actually banyak bendakan boleh jadi.sebab kita sendiri tak pernah notice benda tu sebenarnya memalukan akan ada orang yang akan ketawa sebab kekurangan pandai kita until kita notice iannya memalukan .__.

nak di jadikan cerita..begini.....
bila gegurl pergi shopping kena ada money yang enough untuk bershopping.ohmygucci tak cukup la nak bawak duit sikit kalau ade sale.time tu pulak duit mara baru masuk,elaun praktikal pun ade lagi.alhamdulliah rezeki :)
tak cukup duit nie kena la jumpe banker nak pegi cucuk punye hal.excited giler la sampai singgah dekat petronas cari mesin atm.dah ready kad kat tangan,lega time tu tak ramai orang.tetiba terperasaan ade sorang lelaki kat belakang dia pun nak cucuk duit.punye belagak eira time tu cepat-cepat cucuk kad kat mesin atm.tetiba that guys cucuk duit kat mesin atm sebelah eira.dengan bangga eira masukkan kad.tetiba musykil dengan mesin tu.ape hal lubang tempat keluar duit tu besar bukan main.kat situ pulak ade notis hanya wang 50,10 dan 5 sahaja diterima.sambil buat muka carrotsusu,belagak bukan main lagi dengan that guys tu eira pun seronok la tekan no pin.musykil dengan mesin tu,eira pun usha mesin atm atasbawahtepikelling  dengan sepuas hati.rupanya tu mesin deposit .___.patut la that guys usha eira pelik sangat.then nak cover malu punye hal.tetiba muncul akalpendekbijaklagicerdik.naseb baik eira ade simpan slip bank in duit kat adik eira berminggu-minggu yang sudah.that guys pun dah berlalu pergi.but eira cover malu la for other people yang ade situ.muke belagak maintain kononnye dah bank in.time tu mula la nak cakap sorang-sorang kononnye dah bank in sambil usha slip bank ke mesin atm yang sebenar.adess..malu seyh..

tak boleh sign in .__.

Assalammualaikum..

hello friend...

lega sangat-sangat dapat bertemu kembali dengan kesayangan eira.even dia dah separuhsukusuamsuamibujari eira nie.dia maintain bertahan dan masih boleh digunakan.ini la dia..mrs.lappy.i miss you..miss..so much.condition dia sekarang ni masih di peringkat diperhatikan.tu la.silap eira jugak sebab jarang amik taw pasai dia.bila guna tak ingat dunia.kesian dia.nak berehat pun tak nak cakap.kan dah saket.isk3.
lepas nie kalau dia saket bak kate uncle kedai komputer tu dah tak ade harapan la nak baiki balik. "u kasi beli baru je la." ._. bertambah frustkan feeling eira uncle tu nak sambung ayat dia dengan kata-kata harapan yang boleh musnahkan hatisanubarikecikeira nie.."kalau rosak lagi u kasi beli baru la."dia"kalau dah rosak kali kedua tak boleh baiki dah'...ada betui jugak kata-kata manis uncle tu.thanks uncle dapat cooler free.menyesal tak cakap banyak benda rosak lagi.mesti dapat free.haha..gara-gara eira cakap cooler lappy eira rosak.uncle tu terus suruh pekerja dia amik cooler pad yang baru.ohsem la uncle.at the same time eira try demand lagi.haha..
"uncle takkan nie je?"(dengan muka tak puas hati) uncle tu terus angkat kening konfom dia fikir "budak nie dah melebih.sepak mau??? muke uncle tu dah cuak.haha..eira saja je buatnye dapat barang lappy free lagi ke?hihi..

nak frust menonggeng jugak la tadi.jadi cuak berbagairagam.gara-gara tak boleh sign in blogger..rupanye eira tak change date and time lappy nie ha.kan dah rasa macam-macam feeling.lainkali en.google dah bagi warning baca ye.bukan pakai kelik je.

Saturday, April 28, 2012

sunday mood

Assalammualaikum



 my mood for today.please don't ask why

Thursday, April 26, 2012

hati kurang sehat

Assalammualaikum.

hari ni officially eira bekerja sebagai pembantu designer.banyak jugak la design kena design.tapi entah mengapa dan kenapa dengan eira hari ni.semue benda serba serbi tak jadi.nak buat design banner pun makan masa sehari.sedangkan lagi terang lampu pc tu menyuluh dapat few minutes je dah boleh setail dah design-design tu.hurm.hati kurang sehat kot.dengan terkumat kamit mulut macam mak melah dok kunyah sireha,body language dah keluar macam-macam language dah nie.semua bahasa dah fasih.hebat kan??

nak dijadikan cerita sepatutnya eira stat kerja semalam lagi.dah ready masuk ofis smue.tetiba ade budax kolej komuniti datang.eira yang bukak pintu,then dia tnye la ade tak budax ofis kat cnie bawak moto kriss.eira pun dengan blur giler.tnye dax ofis.tetiba budax tu cakap ayah yang bawak moto kriss to excident.tetibe dengan sememeh muke eira tanye no plat moto tu.bang!!!dengan terkejut macam cerita drama eira menjerit tu moto abah!!! lintang pukang lari.memang eira berat hati nak bekerja.sebab tak nak menyusahkan abah hantar kerja tiap-tiap hari.sedar dengan kesihatan abah.eira gagah jugak la bekerja sebab nak berubat abah pun pakai duit.dengan mak pun tak berapa sehat.buat sementara kerja la dulu kan.

dengan muka resahgelisahgundahlana eira berlari masuk wad kecemasan cari abah punye pasai.terima kaseh abang designer hantar eira ke hospital.dengan berlari-lari anak eira pun cari abah dengan bantuan pekerja hospital.pakcik tu cuba la tenang kan eira.dengan muke bengis dan tak peduli eira tetap .maintain muke eira tu.selagi tak jumpe abah,selagi tu muka eira maintain je.tetibe dengar suara abah,doktr tengah rawat abah.lega sangat.time tu jantung mengepam dengan tenang and no pressure.eira papah abah.tunggu seharian nak setail kan smue.akhir doktor infom tulang bahu abah patah.badan luka-luka.

nie smue terjadi bila sebuah kereta kancil warna mera yang langgar lampu isyarat.terus langgar abah eira yang baru jalan sebab laluan abah dah lampu hijau.kejam kan?dah la langgar.lari pulak.tinggal abah sorang-sorang.dah tak ade hati punye orang.nasib baik ade budax kolej komuniti tolong.dorang la yang infom kat eira.terima kaseh ye :)....bagi pemandu kat luar tu.dah dapat lesen tu jangan la bermegah.pandu ikut had la.buat pemandu kereta kancil warna merah tu.jaga-jaga la hidup anda tak akan selamat kalau anda terus suka-suka buat jalan raya jalan atuk anda.ingat!!semoga anda dapat balasannye!

Monday, April 23, 2012

one moment and it last

Assalammualaikumm...

terasa tenang damai dan letih sebab baru pulang dari kota..bapaku beli kereta..lalalala...^_^
tak ade la..eira baru je sampai dari ipoh.saje buat semak kat ipoh tu.lega sangat dalam hati sanubari eira.dah tamat jugak struggle eira selama melama 3 tahun study.alhamdulliah syukur ke hadrat illahi bersama-sama dengan kawan-kawan sperjuangan di medan ilmu.eira perolehi rakan,ilmu,lec yang amat eira hargai.syukur sangat.a  lot things happen but new thing will to come.ape mau jadi lepas nie.orang lain dah menulis corak hidup dorang..eira tak dapat bayang-bayang lagi la.masih nak peluk bantal busuk kat rumah.ee..
sambung deg or kerja.caught in the middle la.eira dah plan.but scare la.takut salah langkah.diharapkan ape yang diplaning tu membuahkan hasil nak beri keuntungan dalam industri hidup eira.amin :)

heading ways to ipoh,saje nak penuhkan memory kamera 

what happen next??who know.hope i have the brighter days :).dengan ini end sudah eira sebagai student multimedia di kolej poly-tech mara ipoh.

Tuesday, April 17, 2012

makin hensem bertambah 2kg

Assalammualaikumm


malam-malam gini kalau buat exercise pun cantek jugak.boleh ramping dan slim kan badan yang dah kendur nie.nak buat break dance pun tak tercapai nafas nie peah oii..bila dah sedar berat badan dan meningkat.macam nak kecoh satu dunia tu..itu la wanita.itu la kami.ibarat ayam bertelur.satu taman dia kecoh.bukan senang nak maintainkan kedudukan dan posisi berat badan eira.even berat badan selama nie pun tak ade efet.macam biasa la.alasan mak.kurang calcium tu.

nie semua gara-gara dok syok tengok adik main mesin penimbang kat mane entah.punye syok la tengok dorang naik turun.macam nothing je.dengan bangga giler la..eira bangun amik turn nak timbang berat.
nak cakap frust tu tak jugak la.maybe mesin timbang tu arrow dia tak puas hati dengan eira kot.punye tak puas hati la.naik lagi sekali.buatnye salah kot.still arrow dia tak berganjak.maintain je 4*..nak luluh hati time tu..bergocang-gocang jantung.saluran-saluran darah memecut laju macam  herbie.tu la..time tu nak tacing-tacing dengan mesin penimbang tu tak boleh nak cakap ape la.tetiba ade abang ensem pulak dok pulun kat belakang.dengan perlahan kaki melangkah dengan frust kecewa dan hampa.

dalam keadaan pra-SEDAR eira makan..makan..dan makan dengan lahapnye.dengan harapan semua itu hanya dusta.

Sunday, April 15, 2012

kecik itu molek

Assalammualaikum..

terasa letih bagi nak pitam dah ni..sesila bagi pil untuk redakan keletihan nie..bangun pagi-pagi dengan semangat membara pergi ofis tempat eira buat latihan industri.baru sedar artwork tertinggal.macamane nak lengkap repot.tu gagahkan diri bangun pagi-pagi dengan mata bengkak pergi ofis dengan perut memulas-mulas.time tu jugak perut nak buat hal.

kalau korang perasaan la..kalau yang perasaan la..eira nie actually kecik je..kecik molek gitu.tu awet mude.hihi..tolong jangan muntah sekarang. maksud kecik eira di sini iaitu pendek.eira sedar eira pendek.tapi berjiwa besar.eira ade..korang ade?hehe..ade keuntungan melimpah ruah jugak jadi kecik ni.kekadang tak bawak balik modal buat makan-makan isi rumah.


untungnye.sebab orang tak boleh nak duga umur eira berapa.korang boleh?teka la..teka..haha..tapi yang frust ade jugak yang kate eira ni 26.dem..horrible.i'm still young la.awet mude nie..saje nak mention lagi
lagi untung bila boleh dapat duit raya.yea!! tapi sayangnye.eira dah tak ade sapa nak bagi duit.sebab semua family dah tahu yang eira nie penganggur dan bekas graduan.saat itu la  jadi kecik dah tak  lagi untung.ade juga la untungnye bila baju adik yang besar dari eira,eira dah boleh pakai.tumbesaran adik-adik cepat menaik.eira maintain mak cakap sebab kurang calcium.so bila dah dapat baju free.tak payah la membazir duit beli baju baru.baju mak mase muda mudi dulu pun eira muat taw.untungnye sebab peredaran fesyen zaman sekarang sedikit sebanyak seciput macam fesyen zaman dulu.untung la tak payah dah berhabis duit beli baju online.pakai yang lame pun still nampak baru.untungnye..

untung kan??kecik itu molek.indahnye dunia..hihi..

me and polkadot.

Assalammualaikum...


korang mesti ade obses tentang sesuatu yang korang minat gilak la..sampai sanggup berhabisan duit,mata dan pemikiran.ofcos semua ade kan?kalau mase kecik-kecik dulu eira obses nak jadi macam AVRIL.seyes.ini pengakuan eira.kekadang usha cermin tu sampai nak retak.mirror mirror..make me like avril..poop!! tak jadi-jadi.just gigi je taring sikit.kalau orang lain nak buat pembedahan.but eira just feel macam avril pun dah cukup okey.tapi eira dah suam-suam kuku kaki dan dengan avril nie.bukan nak lupakan obses eira tu.tapi eira dah timbulkan satu obses yang baru.ha..nie yang susah bila eira start nak bershopping.dah tak boleh dah pandang benda lain..eira must choose polkadot.

nak cari baju pun mesti ade polkadot.tudung pun polkadot.eira tak taw la ape nak jadi.chemistry dah mengalir dalam diri nie..must see polkadot...

kalau tak boleh beli.tengok pun boleh la..hehe..buat cuci mate......

Thursday, April 12, 2012

baru je beli..hurmmm

Assalammualaikum..selamat malam semua..:)

terasa frust tak tentu pasai pun ade.mane taknye..rasenye eira baru seminggu beli berukband baru.tapi kelajuan dia.alahai.siput pun boleh menang taw.terasa tekanan menimpa-nimpa bila baru 2 hari pakai bil baru masuk.haiyaakk..ape ini loghat cina.bikin orang susah hati saja.


ingin saje eira utuskan surat yang kurang rasmi kepada pihak atasan..


kepada berukband en.celcom.


tulun la..please la..don't make me like this.so tried la....




                                                                                                                 sekian : eira....:(


agak-agak boleh dapat simpati tak??eceeehhh

Tuesday, April 10, 2012

masalah jiwa.


Assalamualaikum...less talk..okey :)
busannye malam nie...terasa macam nak makan.tapi berat dah bertambah 2 kilo..oh noo..hard to believe hard to understand..anyway.macamane malam anda??

feel like getting old??


are happy now??


feel like to punch someone??

feel like the rock??have u smell what is cooking??

konpiuss...??

cry with an ugly face??

good mood for reading?

are you in LOVE

nages ciput-ciput je??


or just being serius??

no matter macamane bagaimana malam anda.hope korang tempuh dengan jayanye..selamat malam !

eira pantang bub-bub sale nie..nie ade sale la...jom klikk..sale lor!

kelik ekot suka ye :)