Wednesday, December 28, 2011

its go to be back :)

Assalammualaikum readers..


lame tak update belog nie.kalau dah berbelog mandi pun dah lupa nie.kalau berbau tu sorry ye :)
saje je nak update cikit.tak banyak cikit je.dont worry k.take a deep breath ok :)

eira just nak ....wish HEPI BESDAY TO MY SELF..
semoga eira dapat tempat praktikal..pleaseeee I need this so much more and more!!some one help me...
PLEASE!!!!

ok done!goodnites everyone...

menyesal tak sudah

Assalammualaikum holla readers!

harinie genap eira berumur dan berusia 21 tahun.dah boleh mengundi bak kate orang tua pulak anok dah boleh kahwen nie.cepat-cepat la..euu..nenek bagi duit eira kawen ok?
bukan semua bufday boleh sambut dengan happy dan jayanye.bufday eira hari nie tak berapa jaye la.
muka nie pretend je.ibarat letak pencukil gigi dimulut terpampar la kesenyuman yang kureng memuaskan.

kalau boleh nak je share cerita seterusnya nie.ape-ape pun eira tak cari publicsiti murahan ok. :)

first and the most important !
tempat praktikal..until now eira still tak jumpa tak jumpe tempat praktikal.terasa bebal otak nie,dah konfius tak ade idea dah nie.haiyooo..someone help me.serius eira tak nak extend sem.that is not supposed happen.
eira will make sure that not happen.but segala-galanye terpulang la..ape nak jadi redha je la kn..so sad..pergi cari company.rupanya company tu dah bankrup.pusing punye la pusing kasi pusing pun tak jumpe.eira dah tak ade choice.think what the best je la..nak nages rase.menyesal dengar hasutan orang.last-last eira jadi mangse :(

second..result final exam sem 5
pretend eira tak tahu menahu bab and chapter nie.mulanye nak kosongkan minda selepas bertungkus lumus mencari company tok praktikal.Now terpakse face to book result tu.oh noo..terrible horrible..belbel..
terase berat pulak pale hotak nie..tak pernah terfikir result boleh jatuh menjunam ibarat baling kapal terbang kertas yang dh koyok.hati eira pun dh koyok nie..haishh.ape la naseb.kekadang tertanya-tanye perlu ke time beday eira smue benda nie nak bagi runsing kan eira.cuti tak rase macam cuti pun.


third...what is friendship
soalan eira buat kawan-kawan belog eira ye,dan buat sape-sape la yang bace.
WHAT IS FRIENDSHIP?kawan-kawan tahu kan?kawan-kawan pun ade kawan-kawan,dan kawan-kawan yang lain pun ade kawan-kawan yang lain.kekadang pengaruh rakan bagi impak yang besar.Now i see the impact.so gempak la!eira alwys think to myself.eira boleh jadi kawan sejati buat kawan-kawan.tapi tak ade kawan pun yang stay ngn eira time eira susah.bukan semua ye.ade segelintir je.kawan yang meyusahkan pun ada.but it ok still kawan kan.horrible mne pun kite pernah berkawan kan.eira tak pernah terasa hati pun eira eira pernah menangis kerana kawan.itu yang eira terfikir ape itu FRIENDSHIP? tapi alhamdulliah.kawan-kawan eira dari kecik smue eira dapat jumpe.memang cari dorang dari dlu.smue dah berubah.impossible la kalau muka macam budax2 dlu kan?eira pun dah change a lot.kalau bab tinggi tu ada jugak la perningkatan.hehe..kalau sorang kawan yang lukakan hati eira.maybe eira boleh maafkan.tapi kali kedua eira bagi peluang and hope ade change.tapi still not getting any..sory to say la..not try to mean.
but girls are so mean.now eira tahu kenapa mostly friend eira banyak laki.so scare laa.
ape pun hargai kawan-kawan anda dan kawan-kawan yang lain. :)...awesome!

Saturday, August 20, 2011

bila kesihatan dipinggirkan..diri mula merajuk

assalamualaikum...

selamat tengah hari semua..dan selamat menjalani ibadah puasa.tinggal lagi 8 hari saja umat islam berpuasa..anak-anak kecik riang gemirang bila dengar nak raya..para alim ulamak berduka dengan kepermergian ramadan..eira terasa ramadan kali nie penuh bereerti..alhamdulliah..:)


sejak akhir-akhir punye la akhir nie.eira baru sedar.eira dah jarang jage kesihatan diri sangat.makin dipinggirkan.bila rasa saket ok lepas berbuka makan ubat.tapi saketnye hanya Allah saja yang tahu bertapa perit menanggung sakit.sakit eira nie tak ada la teruk tahap kritikal lagi.tapi eira kena lebih berjaga-jaga.
bulan puasa nie.bese la.kalau gastrik tu.anytime nak muncul.kalau tak makan right on time.anything can happen.lagi-lagi perut eira yang semakin hari semakin sentitip dengan makanan yang dibeli dibazar.
kalau makan konfom boleh melalak-lalak dalam tandas tu.bertubi-tubi gaya kuak lentang atas tilam nie ha..
bukan eira tak nak amik kesah.tapi benda tu semua dah jadi normal bagi eira.rase saket tu dah sebati.hanya mampu bertahan saje la..

lagi satu eira baru sedar muncul pulak lagi satu penyakit ape entah la kat kaki eira nie..mesti korang fikir eira nie banyak betui penyakit kan?orang kurus keding macam eira nie mesti senang nak ada penyakit.eira tak mintak semua tu..

bila kesihatan diri dipinggirkan..diri mula merajuk.bila merajuk susah pulak nak pujuknye..ape pun eira kena berhati-hati.en.buah hati dah mula berleter.mak eira pun dah bercakap-cakap pasal macam-macam penyakit.saja nak bagi cuak kerana kemalasan nak pergi hospital hakikatnye eira memang tak suka hospital. diri menjadi korban.itu la orang cakap nasib badan..


p/s:teringin nak main bunga api la...

belog eira sudah terbiar

assalamualaikum..

sebelum melelapkan mata untuk bermimpi indah setelah menelan seketul ayam goreng yang kaw, lebihan terbeli di bazar.ohh..tidak korang mesti dah konfius kan?eira dah start mengarut lagi.oh noo...

mula nak lelap kan mata sempat lagi kaco orang kat facebook.sory pada siapa yang telah eira kaco dengan gembira ketawa berdekah-dekah hingga nak tercabut gigi graham bell eira nie.huhu..

kini tersedar dan akhirnye menyedari bahawa belog eira sudah terbiar.even dah update bape hari yang lepas tentang isu sebegini rupa jugak,tetiba jari jemari lemah gemalai nak menaip nie ha...

eira akan membuat sedikit sebanyak kemas kini belog eira yang tak seindah berapa nie.semua orang nak sambut raya.belog pun nak raye jugak.sebab belog pun dah berpose dengan tak ade entry untuk sekian lame.kasihan kan??so bagi peluang keemasan nie kepada belog yang terbiar nie...

done dengan coleteh eira yang dah penat menaip,membebel nie..

p/s:selamat berpuasa untuk semua ye :)

Wednesday, August 17, 2011

bukan niat nak berhenti tapi terlalu busy

Assalamualaikum..

sambil mengurut-urut kepala nie almost nak terlekang sudah..pening pale yang teramat but still nak update benda merapu yang dah melalut dalam kepala nie..

kalau ade minyak cap kapak laut afrika selatan belah umah jiran eira nie pun bagus nak tonyoh-tonyoh kat dahi.konfom dah berlubang dahi nie..pening punye pasai ape pun boley jadi.

nak dijadikan cerita seumpama dengan title diatas.bukan niat hati eira nak berhenti berbelog nie.bukan niatku bak kate lagu aliff aziz tu.but itu la hakikat.makin eira biar makin kesian pulak belog nie.yela sepi menyepi ibarat habish madu sepah buang merata-rata je.
akibat terlalu busy hingga mengaburi mata dan minda eira untuk berbelog so officially eira tak akan kerap berbeloging lagi.seperti yang telah tertera pada ayat eira di atas.kerana kebusyan eira memendamkan hasrat eira.

selamat malam.perlukan rehat yang sepenuhnya :)

Tuesday, August 9, 2011

kepala tersungkur pada kerja

Assalamualaikum....

lamenya tak berbelog-ging nie kan.bukan tak nak..entah kenapa mengapa kenapa dan mengapa kembali masih belum terungkai misteri kalau masih penuh dengan tanda tanya.huhu..

sejak dah masuk sem baru alaf baru ini laah sem yang buat eira betui2 tersungkur pada kerja 24 jam.kali nie tak ade dah nak date-date macam kuch kuci ho ta heay tu..kali nie kena kusyuk confident dan berkeyakinan tinggi terhadap kerja.begini la eira kalau dah menghadap kerja nak buat benda lain memang konfom pandang sipi je..at least pandang jugak kan?.kalau kesihatan diri nie dah terabai sangat-sangat.kalau dah menghadap kerja,bangun tidur bukak laptop sambung buat kerja  mandi solat setel semua..pastu dah petang pergi bazar lepas berbuka puasa..solat..then sambung kerja sampai pukul 4 and 5 pagi.kekadang tak mandi.janji kerja siap.opps kantoi.!

bertimbun kerja nie ibarat baru angkat baju yang berkurun tak basuh akhirnye terbasuh dan di sidai di ampaian.bila dah kering tu..baru nak angkat.paham-paham la bile pulak nak melipatnye.so bile nak melipat liat.kalau dibiarkan makin berlonggok.macam tu la eira rase skunk even baju-baju eira semuanye dah habish dilipat.alhamdulilah ringan cikit bahu nak buat kerja nie.setiap hari pergi kolej lecture akan bagi segunung baju untuk dilipat,masa diberikan bukan main singkat.fuyoh.boleh pecah otak berfikir.bak kata abg sulung eira itu la belajar buat elok-elok la.:)

so skunk nie eira sedang melipat baju yang diberikan oleh lecture eira.so far so good..
bahagian design dah setel just kena build website pulak.sebab this sem last so kena la struggle giler-giler kan.lame-lame jadi giler pulak.

ok la nak sambung "lipat baju" doakan eira berjaya untuk last sem nie ok.. :) xoxo

Wednesday, July 27, 2011

ayuh jerawat.dekati wajah ku

Assalamualaikum

lame berbenor tak update belog.terasa lama even bape hari or minggu lepas update.eira tak nak melebar-lebarkan bahasa dan mukadimah eira yang mungkin memakan masa dan tenaga serta mata kawan-kawan semua nak baca entry eira kali nie.bukan tak ada kerja.saja buat tak ada kerja.tensen sangat-sangat.

bila kita tensen time tu mula la nak muncul macam-macam jerawat.diikuti dengan sedara mara jerawat yang lain.ha..jangan tak caye bukan kita saja yang ada sedara mara..jerawat pun ada taw.believe it or not.dah mula ngarut kan??percaya la.eira dalam keadaan tensen yang boleh patah hati jiwa dan raga basikal.huhu..

eira bukan tensen pasai cinta.tak ada kaitan dengan itu semua.dusta saja gosip-gosip liar yang kawan-kawan dengar.eira tak ada sedih kerana cinta.tensen nie bese la.lumrah hidup sebagai seorang pelajar yang dikenali sebagai student.bila dah dapat kerja.assigment dah berbukit macam gunung belakang rumah.bila dah dapat pretend macam tak ada kerja je.padahal dah penuh kertas-kertas assigment yang menanti tu.masih enjoy dengan dunia yang hanya sementara..

bila dah kritikal..segala jerawat merawat terbentuk dah terhasil.paling susah nak bendung.jerawat tensen nie ha..terasa macam nak berendam macam badak sumbu supaya hilang semua tensen..grrrrr
bila semua kerja yang dibuat serba tak kena.terasa macam ada yang nak kena nie.haha..

terasa pedih di muka.ohh..jerawat.ia telah datang.pon..pon.. jerawat setempek kat muka nie ha..lepas nie jangan tensen-tensen konfom jerawat takkan muncul  kan? tak pun nie gara-gara termakan kacang tadi kot.huhu



p/s:jom vote gadis cun-cun nie

Monday, July 25, 2011

eira saket

Assalamualaikum...


malam nie keadaan so speechless.lepas dah 3 kali keluar masok tandas.teramat sakit
mungkin kerana keracunan makanan or kerana cili.ohh..bila dah tak dibenarkan makan.itu jugak jadi pilihan.
sekarang terima la akibat.kalau boleh nak bawak bantal busuk tidur dalam toilet.lepak lame-lame..hehe..
sehingga sekarang sakit masih terasa.kesan-kesan letusan dalam perut tadi kan.so efetnye masih terasa.tapi tak nak beleter la panjang-panjang pasai keadaan perut nie.now oke dah sikit.just perlukan rest secukup cukup cukup enough dan cukupnya


disini nak ucapkan terima kaseh....macam dapat awards bintang comel je..perasaan lebih kan?
untuk en.buah hati for gcb and for understanding my condition nak naek moto tadi pun macam orang dah saket teruk kan?even saket-saket masih boleh sakat dan disakat.terima kasih buat eira ketawa dalam keadaan nak tahan saket tu.tetiba terus lupa eira actually saket..love you more la.even gcb tu tak
 habish untuk dilahap dan dihadamkan.kerana perut terasa seperti mengada-ngada dan mengedix tak tentu pasal..meronta-ronta nak balik kononnye nak lepak dalam toilet.dengan muka menahan saket.eira tak peduli dengan perut.hehe.akhirnye perut mengalah dengan relanye.haha..

sory la kawan-kawan.eira dan mengarut lebih-lebih pulak..itu semua imaginasi saje.eira memang mereng-mereng bila saket nie.bagi eira,even yang kita nie saket,but still can be happy and smile to other.



p/s:time saket-saket nie..teringin nak makan aiskrim lak pulak...



Saturday, July 23, 2011

secret admire

Assalamualaikum..

selamat malam semua.belum panas berasap dengan garing lagi entry yang lepas.tetiba pale hotak dan ada idea lain pulak nak menaip kali nie.jari-jari yang tidak lenguh dengan readynye nak menaip seakan-akan dan tahu ape yang ada diminda dan kotak fikiran kali ini.baiklah la mari kita bincangkan tentang secret admire..

mesti korang dan konfius bebenor secret admire sape nie?korang ke eira?of cos la eira kan.tak kan la eira pun tak taw secret admire yang sure konfom korang ada satu setiap sorang kalau lebih pun bolehhh...

mesti sape yang pernah baca entry yang lepas selepas ini punya yang lepas dari yang ini lepas lagi lepas dan selepasnya korang sure ade taw sape secret admire eira.entah kenapa eira masih tak dapat hilang kan dia dari ingatan eira.entah la.kemungkinan dia dan melekat macam gam kasut yang kuat dan kukuh di fikiran eira.tapi dia tak mampu melekat dengan kukuh lagi sebab hati eira sudah di miliki :)..setelah 7 tahun bertapak dalam hati dan fikiran eira.sekarang dia dah mula hilang dalam hati.cuba secebis ingatan sahaja yang ada.
memang kenangan susah nak dilupakan.ianya memakan masa dan air peluh.fuh..

setiap mana tempat yang eira pergi mesti eira ternampak wajah orang yang seiras dengan dia.kalau tengok sekali seiras tengok dua kali.eh betui ke nie?tengok berkali-kali eh wajah orang tu rupanya.bukan secret admire.sampai macam tu sekali kan?

entah kenapa entah la.sampai sekarang eira masih tak dapat nak merungkai misteri yang ada dalam kepala.orang kata eira masih sayangkan dia.tapi hati eira dah ada insan yang lagi eira sayang.kemungkinan dia masih berada di kotak pemikiran eira kot.itu yang susahnye tu.

orang kata tak ada usaha tak ada kejayaan.dengan berkat kesungguhan ketekunan dan usahasama dari setiap pihak.
alhamdulliah..so far eira still dapat lupakan dia.eira tak pulak nak ingatkan tentang dia selalu sangat.hanya sekali imbas then forget.itu je yang terbaik :)

Thursday, July 21, 2011

facebook..oh facebook

Assalammualaikum ^_^

meh..meh tengok nie..nak share sumthing la....


begini la jadinye facebook eira skunk nie..rase malaih betui nak online dah bile tengok facebook dah jadi karat macam nie.susah au.kalau nak im dengan orang pun susah dah.feningg...
harinie beday sape pun tak taw.,kawan-kawan yang poke buat mase nie memang tak boleh nak poke balik dah sebab tak jumpe pun orang poke..even grup yang banyak-banyak pun eira susah nak cari.tensen woo
tapi yang bestnye eira boleh tengok aktiviti kawan-kawan facebook eira nie..
cube tengok kat atas tu...nampak tak?without pergi ke wall mereka eira dh boleh tengok ape yang dorang komen..even eira tak like.tak komen on status,pic or anything la.terasa rimas jugak au..
facebook..please back to normal.back to good..hihi...
skunk facebook bukan sumthing y awesome dah.
twitter ade but tak taw macamane nak gune.ade toturial tak?hahaha

xoxo..facebook giler!


Tuesday, July 19, 2011

kurus vs buncit

Assalamualaikum readers..jawab jangan tak jawab :)

sehat tak??eira memang sehat sesangat sehat.kalau sape-sape tak sehat cepat-cepat makan ubat.rest taw.sejak akhir-akhir nie cuaca panas.ramai jugak yang update status dekat facebook tu.yang update semua tak sehat.get well soon ok kawan-kawan.

kali nie eira nak bukak bicara tentang kurus vs buncit.perlawanan kali ini melibatkan eira dan emak eira sendiri.
jangan la konfius awal-awal lagi.cuba baca perlahan-lahan.ok.ye.eira berlawan dengan mak eira.eh bukan lawan ganas-ganas macam wrestling tu.tak baik wrestling-wrestling nie..kunk ade yang patah sana sini kan susah.kali nie perlawanan antara kurus dan buncit,pihak kurus diwakili oleh emak eira sendiri dan di pihak buncit diwakili eira.huhu.sedih pulak dah jadi buncit.

mari kita laksanakan perlawanan ini.diberi baju size S dan kedua-dua pihak sila pakai..jeng..jeng..kedua-dua pihak telah pakai.mari kita tengok..ohh..keputusan sudah berada di tangan dan biar eira umum pemenangnye....jengggg!!!

pemenangnye pihak kurus!!!hooyyeaaahh!!..eh..jup kenapa eira pulak yang bersorak nie?eira pihak buncit kan?oohh..noo..buncit kalah??

semuanya terjadi kerana semalam eira men"calling"emak eira..

                             eira :"assalamualaikum mak,nape kol tak angkat tadi"
                             emak :"mak tengah basuh baju"
                             eira :"mak sehat?"
                             emak :"sehat.mak skunk nie dah kurus.sebab pose sunat dah bape hari mak pose dah
                                        turun bape kilo entah berat badan nie.semalam fatin(adik eira)balik terkejut
                                        tengok mak kurus sangat.dimarah-marah farah(adik eira lagi sorang)                              
                                  kenapa mak kurus sangat?farah tak tolong mak buat kerja ke?kenapa biar mak
                                        buat kerja kurus macam nie. 
                            eira :"waa..mak dah boleh pakai baju akak dah lepas nie."sambil ketawa besar.
                           mak :"mak dah pergi beli baju lawa-lawa semalam"sambil gelak-gelak.
                           eira :"hahaha...mak jangan kembang mak.."
                           mak :"tak de la..ramai betui tegur mak cakap mak kurus"
                          eira :"sambil ketawa.yeke?haha.."

dialog diatas adalah lebih kureng dengan conversation between me an my mum.ianya hanya di short kan jadi pendek macam tu

end of the conversation dengan ketawa.tapi dalam hati.adoii.mak dah kurus.anak pulak buncit.
eira dah buat check up ukuran pinggang eira time cuti sebulan.adoii.naik la.so skunk eira budax buncit.mak pulak kurus sudah..ooohh..tetiba tarik baju labuh-labuh tak bagi nampak kembung kena praktis from now jadi kurus balik nie..wuhahhaha..

mulai hari nie.berpose la dengan baik ye.:)
dan mulakan dengan sarapan yang sehat dan baik untuk kesihatan :)



Monday, July 18, 2011

angan-angan mat jenin

assalamualaikum readers..hoollaa...

how you all today?feeling good or awesome??if you choose both you having a great aren't you?

baiklah kali nie nak sh.are sikit entry pasai mekap memekap nie..truthly to say eira tak pandai nak mekap.
kekadang tengok jugak profile picture kawan-kawan kat facebook dah macam model.awesome la.ade yang natural look even tak guna mekap dah nampak keayuan yang jelas terpancar.eira even mekap or not.ha!stiil the same.kekadang nampak muka eira macam mamak.maybe moyang mamak kot.tapi mamak yang comel au
masih ada hati nak puji diri.kekadang terasa best jugak ada mix.but kalau tak pandai jaga.adusshh.wajah boleh hilang mix taw.haha.dengan mix hilang entah kemana ler.

bukan point eira ok nak taip panjang-panjang isu mix tak mix nie.buat jenuh jari je menaip nie ha.abaikan isu diatas ok :)

berbalik isu mekap.kalau keluar girl mesti nak diandam lawa-lawa macam tuan puteri.bila keluar ada confident.bukan keluar nak tayang muka.eehh..aku lawa la.pakai mekap hari nie.tengok la aku..ayat poyo sejenak menjenak. tambah-tambah bagi wahai gadis-gadis yang sanggup tercabut urat sarat kaki yang lemah gemalai berdiri berjam-jam,berminit-minit,berhour-hour lamenye di depan cermin yang maybe bakal nak retak.bila kata gadis-gadis lain.eira mesti la termaktub dan termasuk dalam golongan gadis-gadis nie.of cos la.takkan nak keluar selekeh pulak?adushh..not my style la.(ayat poyo gegiler r) 


nak terbukak isu mekap nie lepas tengok ramai betui insan yang lawa kerana make up yang dah melekat setempek kat muka boleh membuatkan orang nampak lawa.it nice to see.it nice to look..
kalau wajah eira letak seguni tepung sekali pun konfom tak nampak lawa.putih pun tak.kekadang jeles taw tengok orang lain.dalam hati nie."aishh!lawa betui la".eira hanya mampu menjeleskan diri ketika diri memang tak mampu jadi lawa seperti mereka yang lawa.tapi orang cakap jangan nak merungut ciptaan tuhan bagi kan?eira tak nak merungut but actually gembira tengok ciptaan tuhan yang indah.

sejak dah bercouple even a years now.eira still tak pandai nak mekap.kalau dah mekap dalam rumah tu dah nampak lawa.bila dah berjam lamenya kat luar tu.cair habis mekap.dah macam watercolor mencair je.colorful sungguh.bila dah taruh lipbam nie.kejap je lipbam dah jadi lolipop.clean n clear bibir.haha.kalau kat mata dah jadi emo.kekadang tertoreh eyeliner tu jadi cam avril punye style kononnye.sampai kena tegur dengan adik kecik.."eee akak hantu"..dah ada new name kan?waaa...kekadang nak mekap macam ada show untuk opera je.perghh..hebat kan?over mekap sangat :(


so sekarang eira nak pasang angan-angan mat jenin.untuk umur 21 tahun inie.eira nak belajar mekap.nanti nak tunang senang dah pandai mekap kan?haha.even tetap nak panggil mak andam siapkan.kalau ade tips yang baik tolong la infom kat eira oke :).kalau ada perubahan baru ada peningkatan kan??

Friday, July 15, 2011

CINTA MUKA BUKU

Assalammualaikum :)

bangun tidur.terus online.even badan terasa sengal-sengal.tulang sumsum macam nak lekang*.
panas badan tidak dihindar,janji dapat online.even broadband nie dah tak bayar untuk sebulan.so line nye agak terencat sikit.jalan macam siput je.but still tak menghalang niat eira untuk berbelog.

entry kali nie kisah cinta.ok sejak bape hari nie jiwang karat sikit la.kisah cinta nie bukan cinta biasa bak lagu Dato Siti Nurhaliza.ini kisah cinta indah even bukan semua percintaan indah belaka :)

dengan mengunakan title entry lagu najwa latif yang tengah tip top meletup dengan lagu CINTA MUKA BUKU.jadi bermula la Al-kisah yang terkisah sebuah kisah.jangan pening membacanye.


ada orang cakap "Cinta yang dicari mungkin tak akan kekal.tapi cinta yang datang sendiri mungkin akan kekal"
itu pepatah orang yang pernah cakap kat eira soal cinta.benar ke semua itu?cuba la buat experiment.maybe korang dapat hypotesisnye serta segala pembolehubah yang mampu menyokong setiap kenyataan diatas benar atau tidak.

sama ada cinta yang kita cari mampu kita miliki.atau cinta yang kita tak sedari ia datang sendiri.semuanye terpulang pada diri sendiri.

actually yang berlaku kat eira.cinta yang datang sendiri.no need to chase.no need to find.semuanye berlaku tiba-tiba je.sedar-sedar dah in relationship with someone.it awesome right?

perkenalan eira dan en.buah hati hanya la di muka buku.itu sebab terjadinya cinta muka buku.
bermula sebagai seorang sahabat.en.buah hati bertindak menjadi sahabat yang baik.terasa seronok ada sorang sahabat even hanya di muka buku.after few month kenal,macam-macam benda berceloteh dengan dia.yea..sebagai sorang budax kecik yang terlalu suka berceloteh.so en.buah hati memainkan peranan sebagai pendengar yang terbaik..sehingga satu saat semua seakan terjadi.bila en.buah hati mula menyatakan kata hati dia.

eira speechless,take time to take all that.never been in love before.so eira think why not we try?
be in love and have relationship.he a sweet guys.masa first couple masing-masing dah malu tersipu dengan blusher tebal kat pipi.mase first date?haha..lagi la..kawan-kawan kata muka kami nak seiras.orang cakap ada jodoh.hope so!feel like i wanna marry him.

bila dah introduce kat family.and bla..bla..so on..paling gerun bila nak show kat big bro eira.my twin bro..
macam tak caye pulak bila abang-abang cakap jaga hubungan nie elok-elok.wow!lagi bertambah speechles.bila abang angah cakap eira dengan en.buah hati de jodoh.sebab dia kate muka kami same.eira gerun taw nak bagi taw abang-abang.tak caye pulak dapat support dari dorang.terbaik la!en.buah hati adalah orang yang 1st dapat approve dari abang-abang eira :)

until now.we been together for a year.seriously eira macam tak caye pulak.
terasa angau pulak bila en.buah hati tiada kat sisi buat masa nie.moga-moga hubungan kami berakhir dengan  ikatan yang sah dan eira akan sayang dia hingga nafas eira yang terakhir.
sidia cinta remaja eira.sidia jugak cinta sejati eira.wish me luck in love and live ye kawan-kawan :)


  i never look for love until the love come to me.xoxo

Thursday, July 14, 2011

wayang midnight

assalamualaikum,..

bangun pagi dengan mate lebam macam panda yang comel opss terpuji sikit.siap-siap nak hantar registration form untuk mp(multimedia project)..liat berbenor nak bangun pagi.alasan kalau tak nak mandi air sejuk macam kat air terjun tu.padahal bese-bese je sejuknya kan?..dah mandi ternampak pulak bantal busuk yang empuk lagi gebu.tunggu mase kepala nak rebah je.tunggu kawan datang amik nak pergi kolej.sedar-sedar dah terlelap la pulak.bile dah sedar kawan yang datang dah bertenggek depan umah.kelam kabut kelibutnye nak bersiap tu.garb selendang.lilit sampai jerut leher.pastu out.
muka dah macam orang bangun tidur.kantoii.first time pergi kolej muke macam orang tak mandi.sampai kolej settel la ape ya patut.actually eira bukan nak cerita rutin eira pada hari nie.but nak share something about last nite.jangan di tanya kenapa?mengapa?bagaimana?bila?what so ever la.korang baca la ye.kalau nak join seram tu.jom ler.

macam nie.korang nak cerita panjang ke pendek?kalau pendek fast n furious la.kalau panjang long time to take.so choose wisely.even korang choose.but eira still akan berceloteh.so kita choose middle oke?
macam nie.last night.lepas keluar makan dengan housemate a.k.a roomate and 2 orang big boss.maybe busan tahap cipan kot kami semua.lepas makan kami plan nak pergi tengok wayang.sampai dekat jusco punye wayang.rupenye de satu movie je.movie yang eira memang tak nak tengok.konfom memang tak nak.dan tak hingin..movie FLAT 3A.eira bukan ape.lemah semangatt sikit.terkejut dengar dorang nak tengok wayang.eira begging tak nak tengok.tapi macam tak dilayan.dengan kata-kata yang kurang meyakinkan hati dan perasaan.kawan-kawan memujuk masuk jugak tengok.sampai kat stair wayang.eira stop and think.keputusan yang bijak ke nie?konfom malam nie nak tidur susah nie.

tak boleh nak buat ape.sedar-sedar dah dalam wayang.siap duduk lagi tu.ha!sape angkat?padahal jalan dalam keadaan sedar tu.prepare.tarik selendang tutup muka.dah start movie tu.asyik tutup muka je.macam susah nka bernafas.dalam wayang tu ade yang menjerit la.ketawa la.just for a moment dah tak nampak movie tu seram bila dengar orang bercakap la.lalu depan kami semua la.paling best orang ketawa kat hantu tu.rase cam tak de feel.tak de feel sangat sampai terbenam bawah kerusi dah eira.orang yang duduk seat belakang tu konfom pelik tengok eira.kejap nampak.kejap tak nampak.dah eira nie kecik je.huhu..saat tu asyik hoping movie tu abis,.but in the end.best jugak..bile semuanye terbongkar..


ulasan dari cerita FLAT 3A nie.
-cerita dia memang best.even eira just tengok 30% je dari 100 % movie tu.mostly eira tutup muka.
-hantu budax tu memang bagus.again eira tak tengok hantu tu.sipi-sipi je.
-movie nie tercapai target user dia a.k.a target audience tetiba masuk pulak pasal study.
-movie yang eira paham motif dan jalan ceritanye.

ending movie nie berakhir dengan jayanye.apabila semua penonton bersorak.terbaik!

Saturday, July 9, 2011

CINTA bertepuk SEBELAH tangan

assalamualaikum.hai kawan-kawan yang sudi singgah kat belog eira yang tak berapa lawa dan indah lagi gitu-gitu.terima kasih kerana masih sudi menjadi follow eira.eira hargai sangat-sangat.

actually tak nak bukak story lame nie.rasa macam dah berhabuk.makin difikir makin bersemi pulak kisah cinta dahulu kala eira.sejak-sejak asyik TERbukak facebook mamat nie sorang.makin teringat pulak kenangan masa muda mudi dulu..anda semua mesti pernah bercinta kan?ngaku je.setiap percintaan terjadi bila suka sama suka.berlaku apabila dua pihak mule tersipu-sipu malu.si gadis merah bak pakai setempek blusher kat pipi tu.si jejaka pula bergaya macho tapi jatuh apabila hati mula terpaut pada si gadis.akhirnye wujud hubungan couple mengcouple.itu hakikatnye kan.kekadang kita sendiri tak sedar rupenya kita jatuh cinta dengan kawan sendiri.dalam entry yang dulu kala pun eira ada jugak cerita pasal story nie.but entah kenapa terasa nak share lagi.maybe sebab makin hari makin teringat kot.entah la.kekadang bila eira gaduh dengan en.buah hati mesti teringat pada cinta yang bertepuk sebelah tangan tu..

yup!.eira pernah have crush on someone.who is my best friend.horrible giler r.mase skola dulu zaman kanak-kanak.eira kecik tu terasa macam kanak-kanak padahal dah high school senior.haha.best jugak bila bercinta tertepuk sebelah tangan nie.duit tak keluar banyak.setiap kali pergi sekola.jumpa dia kat sekola pun dah oke.it ok la.kalau tak mesej pun tak pe.even tak ada no fon dan henfon pun time tu.tak galakkan sangat nak guna henfon boleh tergugat duit tabung setiap kali nak topup.fuh..boleh membankrupkan perbankan dalam tabung simpanan berkunci tu.haha.

bila bercinta bertepuk sebelah tangan nie.kekadang rasa best jugak.eira tak pernah hope dia pun akan suka eira.sebab eira sedar sape la eira.tak lawa.dan tak layak untuk dia yang ensem mase skola dulu tu je la.skunk.urmm..maybe buah hati eira kot yang ensem dalam hati eira skunk nie.masa sekola selalu je ketawa dengan lawak bodo tak seberapa bengap dia tu.dengan lawak macam tu dah boleh buat eira tertawa sampai menitis air mata.ibarat menangis masa potong bawang atau cili tu.pedih oo..
setiap lawak dan ketawa yang dibuat boleh buat eira melayang tanpa mampu berfikir sejenak tentang masalah yang eira hadapi saat tu.hilang semua.eira hanya mampu ketawa terbahak-bahak yang boleh mengeluarkan anak tekak.teringat pulak time tu.kelakar la. :)hanya mampu ingat moment tu je.mengamit kenangan betui la.adusshh..


Girl and Lollipop
gambar semata-mata.tiada kaitan dalam cerita

maybe bukan eira sorang je kan yang ada cinta bertepuk sebelah tangan nie.korang semua mesti ade kan?ha!jangan nak menyorok malu tersipu-sipu pulak ye.setiap orang merasa.orang akan cakap standard la tu.jatuh cinta or have secret admire.normal kan?just jangan terlalu over macam eira.haha.over ke eira nie?memang tak hoping he will be mine.but everytime he make me laugh he make me love him.damn!it hard to forget him.even itu cinta sebelah mata dan sebelah hati eira.tapi eira bersyukur sangat dapat jugak merasa jatuh cinta dan merasa erti cinta sebenar even bertepuk tidak berbunyi,kedengaran hanya angin sang bayu meniup hati tatkala rindu.amacam boleh buat novel tak?haha.
rasa-rasa kalau eira buat novel kisah cinta bertepuk sebelah tangan nie korang nak beli dan baca tak?
ape-ape kena pilih title yang hot gitu.konfom korang tertarik kan?haha..tak salah kalau nak pasang angan-angan.even eira bukan jenis suka baca novel but eira suka buat esei or karangan yang berjela patah perkataannye.haha.simpan kenangan yang ada kerana ianya mampu membuat kita ketawa sendirian seperti orang gila dan mampu membuat kita menangis kerana terkenangkannya.
have fun all!

p/s:thanx for reading my novel for today.hak3

perlu ke BERSIH memBERSIH nie?

assalamualaikum reader..

lame jugak tak update belog nie.mesti korang dah pretty sure about isu skunk nie..yang tengah kecoh-kecoh skunk nie.yea!BERSIH memBERSIH nie perlu ke?
kalau la orang-orang nie membuat keputusan mengunakan otak dan berbincang dari membuat rombongan cik kiah berbaju kuning yang telah memusnahkan banyak harta benda awam dan jugak menganggu kedamaian bumi Malaysia yang tercinta.macam nie ke kita nak pertahankan negara dengan "perbincangan"yang seakan rusuhan yang telah mencacatkan kesejahteraan.

eira nie bukan jenis suke sangat tengok berita nie.tapi isu BERSIH nie makin menjadi-jadi.adakah mereka sedar disebalik bersih nie ade something agenda yang boleh  meruntuhkan kedamaian antara kita semua.
eira mula tak amik taw langsung pasal BERSIH nie.tapi bila asyik terbaca artikel kat dalam facebook.orang nie share.kemudian di share lagi.tersentak jugak nak baca.bila dah baca baru paham.

right now.eira just hope one thing.eira inginkan Malaysia aman.kalau dulu orang-orang pada ketika dahulu cuba selamatkan tanah bumi malaya kita.skunk perlu ke kita musnahkan macam begitu je?berfikir la demi generasi akan datang.

Tuesday, July 5, 2011

comel la mereka!

assalamualaikum..hello semua.

sejak akhir-akhir nie dah jarang nak update belog,antara sebabnya adalah seperti berikut:

a)malas.yea!i a lazy person.let's hear lazy song
b)berukband buat hal la.nak so connection internet yang terlalu lembab agak susah nak online dengan bahagia.
c)sejak dah nak setart kelas nie.sejak tu dah sibuk la sangat.haha.
d)selalu kuar pergi dating.so tak ade mase nak update belog nie.

munasabah kan reason tu?hahaha

orait nak bagitaw nie.kalau korang tengok orang yang lawa.pakai ape pun lawa.
kalau macam eira nie.kulit dah la tak putih cam minah salleh.pakai ape pun rase cam pakai guni je.malu giler
rasa macam tak nak keluar langsung au..
eira banyak add dax facebook yang comel molek gitu.eira suka tengok the way their dress,look.
smuenya lawa-lawa taw.nak jeles pun tak boleh.sebab tuhan dah anugerahkan mereka dengan keindahan wajah yang cantik sekali.oleh itu guna la sebaiknye :)
eira bukan tak berbangga dengan ape yang eira milik.just kagum dengan ciptaan tuhan.semuanya indah.eira always hargai dan jaga elok-elok.

Tuesday, June 28, 2011

THIS FOR THE LIAR

assalamualaikum readers

entah kenapa mengapa.hati gundah gelana.bersusun satu persatu masalah eira.masalah
yang tak pernah selesai.maybe eira can get through it.
masih dalam kurungan maybe.maybe membawa banyak
makna.antara jadi atau tak jadi.keberangkaliannya dalam keadaan tak jadi la tu.so maybe.still be maybe..
setiap persoalan masih tak terungkai.dan mungkin tak akan terungkai..
makin di fikir makin botak pale jadinye..satu persatu masalah timbul.sehelai demi sehelai rambut gugur ke bantal..masih belum terungkai.misteri..."patut la rancangan misteri tu cakap jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.memang misteri nie sesuatu yang misteri.buatkan orang berfikir secara misteri.dan cuba merungkai misteri yang kini hanya la sebuah misteri yang tak pasti dan masih menjadi hakikat ianya misteri yang tak akan ditemui jawapan nye..."bape banyak misteri entah la.

ohhh!..kenapa penuh misteri.tak mau fikirkan lagi.kenangan yang ada dulu tu ibarat dipijak-pijak dengan kasut wedges 3 inci.sakit hati nie hanya tuhan saja yang tahu.dan moga tuhan membalas balik.bila kita lihat dengan mata kasar.baik sungguh budax nie.bila dah kita pakai spek mate power penuh.nah!amik.rupanya sekadar hadir untuk bermain-main hati dan perasaan orang lain.tak sangka kan?kau pijak semut lenyek kot semut tu tak sangka sifat kau yang sebenarnya pun begitu.segala sisa yang ditinggalkan  budax tu menjadi misteri dan biar kau mati dengan misteri kau.i never have a friend like you!LIAR


bila sumone kita anggap kawan  
rupanya musuh bertopeng kan kawan.
persahabatan tu dah tak ade makna bagi eira.
with fake friendship like that..
you may go away from my life..
sifat kau lebih teruk dari sampah.
sampah pun boleh dikitar semula lagi.


p/s:even dah lame.but eira still ingat.that liar..

bye holiday!hello study

assalamualaikum readers..selamat petang..dah perkena kopi cicah biskut marie.??.come on!!
minum sikit buat ade tenaga,petang-petang macam nie terasa mengantuk pulak.penat sesangat.keje tak buat ape pun.makan tidur je.badan dah makin besar.penimbang berat pun tak sanggup nak timbang berat eira dah.

end of this month just around the corner je kan?sedar tak sedar,dah sampai masa nak jadi kurus balik..jeng-jeng..nak taw tips jadi kurus macam mane?cuba la hidup sebagai student.kekadang busy sampai terlupa nak makan.lebih menyayat hati duit tak ade.poket habuk je penuh.time tu mula la nak puasa sunat la.ganti puasa la.even eira salah sorang antaranye.haha.balik rumah bulan lepas kurus kering je.macam orang kurang vitamin.makan tak pernahnye yang berkhasiat.bila dapat duit mara enjoy sakan.pantang tengok SALE.bila dah beli menyesal pulak.duit dah abis.melayang macam tu.call mak duit masuk pulak lambat.so that why la kurus kering gegiler.

balik rumah vitamin-vitamin yang diperlukan semua ada.makanan sedap-sedap hingga menjilat ibu jari kaki pun ade.vitamin A,B,C sampai Z.konfom ada.tu badan dah macam ape entah.nak bernafas pun banyak susah.
so right now kena la say goodbye kepada holiday indah saat remaja.say hi to study.mari la kite berlebam-lebam mata.dan berjerawat seluruh muka,mari la join....

Monday, June 27, 2011

morning busuk!

assalamualaikum..
morning readers..still morning kan?pukul 11.35 sekarang nie.bangun-bangun!! matahari dah nk terbit..amboiii..bese noh bangun lewat-lewat nie.rezeki tak masuk taw.sambil bermuka ketat berkerut seribu satu line kedut kat muka.dah bangun ye?

mula kan pagi dengan lagu....

bangun pagi gosok gigi.
cuci muka dan mandi.
makan roti cicah kopi..
lalalala.....
enak sekali......
lepak-lepak depan tv.
sambil goyang kaki..
lalalalalala.......

sekadar meriuhkan pagi anda dengan lagu entah ape entah..korang semua tentu dah bau harruumm.semerbak dengan keharuman enchanteur.bau losyen kat tangan Johnson baby.minyak rambut Bellcream yang membuat rambut sang jejaka kelihatan kacak dan masih terpacak.cicak jatuh nazak tuu.
bagi sang gadis.bau shampoo Pantene mengharumkan rambut terkulai panjang macam rambut model.
bau ketiak yang wangi mengunakan Rexona menghakis bau busuk masam ketiak tu.
anda semua memang dah wangi..

eira??jangan la ditanya.malu la..konfom la tak mandi lagi.haha.
bau busuk yang korang bau tu maybe eira la tu.entah eira de sebelah korang ke?haha.
saat semua orang berwangi-wangian.eira pulak berbusuk-busuk-an..
pergi ambik penyepit baju mak yang berlonggok sepit kat hidung ye :)
kih..kih...


MORNING ALL!!!



Sunday, June 26, 2011

eira dapat kakak ?

assalamualaikum..

shuuzzzzz....shuuzzzz....konon bunyi vakum..huk..huk..berhabuk betui belog eira.kesian dia.diabaikan buat seketika.buat terlintas dan terniat lak lakukan kesalahan sebegini rupe pade belog nie.but nak buat macam mana.masa tak mengizinkan kita untuk bertemu dan bersatu seperti sailormon.ape kaitannye??

mari kita mulakan entry kali ini dengan bismillah dan hope semua terjadi dengan eloknya :)

last friday abang eira balik.ye-ye kembar tak taw yang mane satu?yang angah tu.dia cuti 5 hari.saje nak buat semak kat rumah.enjoy-enjoy jumpe "marka" dia la.bese la orang ada "marka"rindu la tu.sebab angah eira kerja army kat johor.jauh nun disana.nak buat macam mane kena transfer sane.so pakwe makwe nie terpisah la jauh.actually dorang kenal macam mane pun eira tak taw.sebab last awek dia.dia kenal budax kedah gak la.dah planning nak bertunang.awek dia pulak buat hal.macam-macam.then he found a new one.lame gak la nak jumpe yang baru pun.

orang kate kalau jodoh tak kemana kan?itu la yang eira fikir skunk nie.hehe.kalau boleh eira nak je kawen dengan en hati pengarang ulam jantung pegaga tu.tapi kita hanya boleh rancang tapi tuhan yang tentukan..think positive :)

tapi kali nie eira hope dapat kakak la.sebab dengar kate dari mulut tuan punye badan sendiri.dia nak kawen.amboiii..sakan sungguh.merasa jugak eira dapat kakak.kita berdoa la ye.semoga abang eira dikurniakan istri yang solehah.ye!dapat jugak tengok abang eira dalam persalinan pengantin..hooraay..
walau bagaimana pun,sila guna penanda wancana untuk karangang lebih sedap dibaca enak dihayati :)
semua ini hanya perancangan.setiap orang ada perancangan untuk masa depan kan?diharapkan semua berjalan dengan lancar ^_^ amin.

Thursday, June 23, 2011

mintak jasa baik anda ye :)

assalamualaikum readers.how are today?speaking london sikit.even de mix kat area london.tu tersahsul sikit nie.(masuk bakul baju mak.angkat sendiri).mix sipi-sipi je.nak ke london tak lepas.so kena perasantan sikit je.tak banyak..anyway move to out topic for today.try to be seyes muke ketat berkerut-kerut dahi dah boleh tinggal kesan yang mendalam.

sejak akhir-akhir nie ramai betui yang add eira kat facebook.bukan nak kate eira nie hot ke..vogue ke.even ade la sikit-sikit hot dekat lubang hidung nie ha.wat so ever la.oppss.terperasantan lagi la.

bukan nak berbangga atau bergembira.actually eira rase sedih jugak la.sebab bukan niat eira tak approve kawan yang add tu.macam entry eira sebelum nie.ade kan eira inform orang-orang yang eira tak boleh approve..



sebelum nie eira dah remove sorang budax sekola.sorang gurl.eira langsung tak kenal dia.tapi disebabkan dia sorang budax sekola.that why eira approve.tapi tak sangka lain pulak jadinye.kalau dia berbudi bahasa dengan eira kan bagus.nie tak.dia asyik im eira.bahasa yang annoying buat eira terasa jelik geram dan eira telah bertindak me"unfriend"kan dia dari friend list eira.

kenal pun tak panggil eira "oit"..pastu asyik hantar im mengarut je.selagi eira tak balas,dia tak sudah-sudah im eira.sampai terasa macam nak loya.kunk dicepuk-cepuk budax nie.


oleh itu eira nak mintak jasa baik anda.sebelum add make sure de profile picture sendiri.tak nak guna spongebob or domo(melainkan orang yang eira kenal).lepas dah approve tu bertindak la dengan sebaik yang mungkin.jangan guna bahasa yang boleh mebuat eira tak teragak-agak untuk meng"approve".men"denied" me"reject" and choosing "not now".


sekian harap maklum :)kerjasama anda amat dihargai.

Wednesday, June 22, 2011

Spontaneous Thursday # 1st time






lingkup r laptop eira!







gara-gara asyik update entry terlupa nak check komen.sory kawan-kawan :(

baru hari nie nak belek belog nie puas-puas.asal dah de entry baru.isi pe yang patut.then sign out.seyes memang tak tercheck bende lain pun.even kekawan antar komen.sory sayang semue.seyes tak pasan dan tak medical check up langsung kat belog nie...salah eira mintak maaf ye semua :(..rase bersalah sangat-sangat.

terima kasih yang komen dan sentiasa support eira.still new dalam dunia berbelog nie.sila tinggalkan link belog anda.eira memang suka belog walking taw.senang je.guna jari je,then eira follow.that so simple.

again sorry for ignore the comment.eira hargai anda semue.terima kasih ye :)

adik debab majuk sampai tidur

lepas beperang kecil-kecilan dengan adik debab eira.rase bersalah la pulak marah-marah dia tadi.gara-gara ugutan dia baling bedak kat baju eira..putih semerbak bau baby haiii...akhirnye berakhir dengan tangisan yang kuat dan nyaringnye boleh pekak telinga gegendang telinga tak mampu nak bergendang dah.

seyes rase bersalah lepas kena marah dengan mak.niat nak ajar pangai makin jadi-jadi kepala batu seremban tul la.lepas dah menjerit.lagi eira nak sakat nak pukul dia.padahal tak kena pun.lebih-lebih menjerit macam perempuan.maybe dia warisi sifat eira sore kuat giler tapi dia la menang kalau masok perlawanan.

lepas dah sakat.dia pulak nak pukul eira bukan calang-calang barang dia amik..sekali pusing belakang..nah!!amik ko..penyapu lidi dilibas di belakang mau tak pedihnye.adik debab eira nie sememangnye buas belaka.dah lepas balun eira.dia pulak melalak.macam bese.lepas dia dah nanges eira buat bodoh je.hati kering katekan but dalam hati tu.kesian la pulak sakat-sakat dia camtu.dah adik laki sorang.kesian dia.

lepas di pujuk dengan mak.terus dapat makan ayam pasar malam seketul.perghh..senangnye pujuk.tunjuk ayam je senyap sepi rasa tenang je.macam upin ipin.si kecik debab nie memang suka ayam goreng.

lepas dah kenyang.semue orang busy la buat kije masing-masing.eira pulak busy nie ha..online.dah kena beleter asyik online je.tetiba mak lalu tengok si kecik debab tidur dekat meja makan..alolollo..majuk sampai macam tu.lagi bersalah la rase bagai menucuk cucuk.dia cucuk sane.dia cucuk sini.kat situ kena.
hati cube control buat muka tak bersalah.mak dah perli padan muke dengan adik pun tak boleh beralah.

setepek melekat cop pedih kat dah dahi.amik ko lagi!
masih bersalah,terserlah kesalahannye..:(

Tuesday, June 21, 2011

ragu-ragu nak beli barangan online

assalammualaikum readers.dalam keadaan sehat tak bape sehat banyak kena makan ubat so tak sehat la nampaknye.perut berkeroncong ibarat kompang dipalu lagi.sambil dah bukak lappy nak online kan diri nie.eira planning nak beli barangan online.but still not sure la.

urmm..kenapa mengapa eira terasa sebegini rupa?entah la.urm..tapi susah nak cari barang yang eira nak kat luar tu,so better beli  online la cara yang last.dah merata kat area kedah nie cari.tinggal one week last stay kedah,next week eira nak balik ipoh.

kenapa terasa seperti keadaan yang buatkan eira tak tenang bahagia aman dan damai ini?haiiyooo....

nak..tak nak..nak..tak nak??
kalau  nk beli pukat tak ade :(.....
still ragu-ragu..

Sunday, June 19, 2011

buat abah yang tersayang.

fathers day :)
disebabkan kepokaian duit dan dompet pun dah nipis cukup duit buat beli choki-choki je.
oleh sebab itu,eira nak cakap sumthing nie.mungkin ini lebih bermakna dari present yang hanya bernilai dengan wang ringgit.

abah,disini akak nak susun sepuluh jari.mohon ampun dan maaf.andai akak de buat abah terluka dan terasa hati dengan kata-kata akak.ye.memang selalu buat.even dalam sedar tak sedar akak dah buat abah terasa.
akak tak ada hadiah yang bernilai nak bagi sebagai tanda hargai abah.akak tak ade harta nak bagi abah hidup mewah.akak rasa hidup akak mungkin tak sempurna tanpa abah dalam keluarga.even dah banyak terjadi.tapi Allah Maha berkuasa.Allah dah satukan kite kembali.seperti dulu.

hanya doa akak hadiah kan buat abah
semoga abah dipanjangkan usia,kesihatan abah,bahagia disisi mak dan kami adik beradik :)

terima kasih untuk segalanya
  • time kasih abah dah banyak ajar akak dari kecik until now
  • dukung akak mase kecik-kecik.tertidur depan tv.
  • bawak akak naik moto pergi beli coklat
  • abah selalu sokong je ape akak nak buat.
  • selalu baiki barang akak yang rosak dengan tangan abah
  • antar akak pergi sekola..even abah busy,abah suruh anak buah abah datang mik.
  • kekadang abah seyes.kekadang abah suke wat lawak.akak suke :)
  • akak memang kasar.kekadang idea pelik-pelik pun abah sokong je.
  • kecik-kecik dulu selalu je dengar cakap.sebab takut abah garang.
  • abah selalu marah akak sebab akak degil tapi abah tak pernah pukul akak
  • teringat lagi.mase abah datang amik report kad.excited nak tunjuk kat abah result exam.
  • even abah saket skunk nie,abah still urusan tanggungjawab abah sebagai seorang ayah.
  • abah suke bebel,kalau lambat bangun mesti abah dah start pasang radio nasional fm.paling best radio india.konfom pakat bangun tidur.
  • abah,tangan abah yang akak mimpi yang genggam akak buat akak rase selamat.



TERIMA KASIH ABAH
sayang abah ^_^

Saturday, June 18, 2011

bihun siam or bihun black pepper?

actually resepi nie dah lame masak.mak teringin sangat nak eira masak.

                mak :"akak masak la bihun siam tu.teringin mak nak makan."


               eira:"bihun siam?(dalam hati terpinga-pinga)..then baru sedar dalam khayalan


mak eira panggil bihun tu bihun siam sebab bihun tu kaler putih.mengikut kata-kata ibu eira.itu adelah bihun siam.even resepi tu eira pakai hantam saja labu!
mengikut tukang chef pulak iaitu eira.suka panggil bihun tu bihun black pepper.sebab eira suka rase black pepper.so skunk dah de 2 name lak masakan eira nie.
ape kate korang decide..



shoping smpai terlupa

selamat minum petang semue.eira baru je pulang dari shoping merestkan diri but menambahkan saket kaki bila wedges yang dipakai terpeleot kat tesco.haha.malu giler.tetiba jadi pelakon extra pretend tak nampak baju la.kasut buat hal.haha.hari nie mule abah ajak eira but adik-adik smue nak join.ape lagi bersiap sakan la budax-budax tu semue.masing mule la.ha..tak suka shoping bawak budax-budax!
dengan melaram penuh dah.eira dengan wedges,shawl ala hana tajima.haha.malu tersipu-sipu bile smue orang tengok je.entah la.maybe dorang tak pernah tengok orang pakai shawl macam hana tajima kot.
bila ada je mata yang pandang ibarat nampak tak nampak je eira.malu jugak.tapi eira nie jenis.who care.so pakai je la.janji kite pakai dengan kemas dan jaya nye.haha

dah penat shoping bese la bawak budax-budax.riuh dalam tesco tu.mula la eira jalan jauh-jauh.pretend tak kenal.haha.kelakar giler.tapi kantoi bile adik-adik datang.acting tergendala disitu.eira dengan abah cari sayur.adik-adik eira yang kecik masok dalam troli.lega sikit nanti de kes kehilangan budax-budax.jenuh cari dorang nie.

adik eira yang kecik tu pulak mintak macam.dia ingat duit mara dah masok kot.start tu dia demand macam.nak coklat.nak kek.so pujuk la.beli kek.ingat kan murah,harga utk slice kek pun mahal.bagi eira mahal la.sebab sikit je slice tu pun.kalau beli yang area bawah tu pun murah.macam perisa.terkilan melayang duit eira simpan untuk beli pencuci muke.huhu,,menangis pun dah tak ade erti.lenkali jangan bawak budax-budax dah.

hati sayu,duit pun melayang.barang yang nak beli tinggal kenangan.hahaa...:(

Friday, June 17, 2011

rasa macam menang gusti je


dah lihat??
oke selamat malam

ini yang pertama kali.dan masih tergamam

assalamualaikum readers.alhamdulliah bersyukur kehadrat illahi.eira bersyukur yang teramat.pertama kali eira mendapat dean list for sem 4.eira still tergamam macam tak caye je.betui ke nie?atau hanya habuk dimata?sob..sob.adakah ini nyata atau hanya sandiwara?

ape-ape pun eira nak ucapkan terima kasih buat kawan-kawan yang banyak menolong eira dalam melaksanakan keje kolej.time kasih sebab bantu eira.even eira lembab dan lambat grab.hihi.but kawan-kawan smue tetap tolong eira.terima kasih kawan!sayang anda ketat2.

nak say thank untuk family yang banyak bagi sokongan.sebelum jawab exam mesti eira akan call untuk mintak restu nak jawab exam.time kasih mak sentiasa doakan akak :).untuk abang-abang eira yang sentiasa bagi semangat.kamsa hamida
(dah macam dapat award grammy nak bg ucapan gitu)
dalam nak struggle sem 4 macam dah jadi.eira dengan masalah keluarga lagi.masalah diri bila ingatan eira makin lemah dan sukar nak mengingat sesuatu.kesian eira pun almost nak lupe kan nama orang-orang yang eira kenal.sob..mintak maaf kawan-kawan.



eira nak say thank you again to all people that helping me!!love you all.next sem we all doing the best ok

Avril Lavigne - Smile



love this song.first time hear this song i said "what"?
when see the video,i just so addicted!
then i start to sing along.
now i know the reason why i smile!!

avril still rockin yeah!!
come on!let's listen her album goodbye lullaby.

ohh...she so gorgeous.i wish i could have a smile like her!


Wednesday, June 15, 2011

sifat "m" dalam diri

sambli menunggu result yang entah kuar ke tak nie.menunggu dengan penuh pasti dan disertai dengan background song.macam lagu haishh..enjoy je.hihi.lagu sedih ade.lagu rancak ade.lagu rock pun kasi ade jugak oke.
mase sebelum start cuti dah planning macam taw.ingat nak menjahit,belajar masak,n macam lagi la.
disebabkan sifat "m" tu lg kuat dalam diri buatkan eira terasa agak susah nak buat kerja dengan aman dan bahagia.
sifat MALAS tu yang susah betui nak buang,nak bendung dan dikikis agak susah yang teramat susah.adoii..
bile masu setel bile kerje malas nak buat..bile mau rajin nie...!!

p/s:bila sifat malas dah penuh cam tong kena la buang masok longkang

ketenteraman diganggu seketika

selamat tengah hari hari readers.macam mane,bagaimana hari anda pada hari nie.mulakan dengan senyuman ye
mulenye hari nie ganti pose.but keadaan eira tak mengizinkan.perut saket balik.eira kalau tak makan right on time macam jadi.nie akibat perut kosong tak bangun sahur.terpaksa la membuka pose dengan awalnye.fuh!penat je bertahan lame-lame tadi kan.urmm..naseb baik bangun lewat.hihi..

bangun bukak fb bukak blog cam selalu la.then mula la cek-cek status orang lain.hihi.then terbace status lec eira.adoii..result dah kuar ke?mengigit kuku rasenye nie..huhu..
oleh itu ketenteraman eira terganggu seketika.hope result yang kuar tu elok hendaknye.
jangan biarkan diri anda diselubungi misteri result exam..huhu..

entry untuk abah

pagi-pagi smue..hoho..dah pukul 1.24.still tak boleh lelapkan mata.dah la online dalam gelap.bukan blackout ye.just nak save elektrik ckit.so berterangkan lampu lappy je.sambil menaip dalam gelap nie.hihi.
oke la.hari nie bersempena tarikh 16/6 adalah hari jadi abah.dah makin berusia abah eira.so today nak buat entry untuk abah :)


firstly eira nak say thank you for being by my side every moment since eira was born until now.
even there a lot thing just happen.but you always there.just like a strong famliy with a strong leader.
eira masih ingat mase tu eira kecik.kami adik beradik semua tengah dok main.tetiba abah buat gempak.terkejut kami.pastu kami smue ketawa.terima kasih abah :)
walaupun abah panas baran.but abah tak pernah nak pukul akak.even there was once.abah tak sengaja.it's oke.we all family has the difficult moment that time.


dulu eira ade bermimpi.seorang lelaki bertangan besar pegang tangan eira dengan genggaman yang kuat.perasaan macam tu terasa seperti eira masih kecik dulu.terasa secure sangat gengaman itu.rasa macam tak nak lepas.eira sentiasa cari tangan siapa yang mengenggam.eira sangkakan orang lain.rupenya baru eira sedar tangan yang genggam eira tu adalah abah.
terima kasih abah :).

eira nak ucapkan terima kasih buat segalanya.semoga keluarga kite terus bahagi dan kite akan sentiasa bersatu ye!

bukan menyombong tak nak approve

selamat pagi semua.berteman kan secawan susu panas untuk hilangkan dahaga sambil menaip nie.terlalu busan sehingga terfikir nak bukak blog and write or taip sumthing.korang semua mesti de ramai kan kawan-kawan de facebook.ramai yang add.ramai jugak yang diadd kan?same la.eira pun macam tu jugak.kekadang yang add kite tu tak de la kite kenal sangat.memang tak kenal langsung la.
bagi eira.eira hanya add dan approve orang yang eira kenal.bukan nak menyombong or what.but semua orang macam tu kan?nak jaga privasi masing-masing.itu yang eira lakukan dengan tidak meng"approve"orang yang tak dikenali nie.
bile orang yang tak dikenali we call them as stranger.so mase kecik-kecik mesti mak cakap jangan cakap dengan orang yang tak dikenali.dalam bahasa ingerisnye "don't talk to stranger"
seyes bukan eira sengaja tak nak konfirm kan and saje-saje nak buat tergantung kumpulkan frenz yang add tu berlambak-lambak.eira notice kekadang tak sampai hati pulak tak approve frenz request tu.but eira buat semua for my own good tu.i'm sorry

ciri-ciri yang buat eira agak susah nak approve orang kat facebook.antaranya :

1)orang yang tak letak profile pic dia.
-camnie susah.kekadang eira tak letak profile pic sendiri eira add orang.but mutual frenz eira ngn orang tu lebih kureng je.so dats why eira add.so bile orang yang tak letak profile pic sendiri agak mengalami kesukaran disitu la.

2)orang yang tak letak profile pic sendiri.then memang tak ade gambar langsung
- ade gak kan?letak profile pic spongebob..alolo comel.sekali cuba bukak album smue gambar spongebob ngan patrick.adoii..camne nak approve nie?

3)orang yang letak profile pic.but mutual frenz banyak eira tak kenal
-memang banyak orang add eira mutual frenz dia smue eira tak kenal taw.

4)orang yang tak ada mutual frenz ngn eira pun.
-ini memang banyak.inilah yang eira takot nak approve.sebab eira tak kenal.so memang agak susah nak approve.

ini antara sebabnye.kekadang laman sosial nie niat kite nak berkawan kan?
eira just nak berwaspada.dulu pernah eira approve orang-orang sebegini but at the end lain pulak.
eira tak kisah nak berkawan.but dengan eira please behave.kalau sekadar ingin berkawan teruskan niat berkawan.jangan ada niat lain pulak oke :)..
thanx for adding me ^_^

Monday, June 13, 2011

abang eira nak bertunang?

assalamualaikum..hello readers :)..feeling well today?eira just feeling fine.online hari nie di ganggu oleh sikecil comel dan manja eira.adik kecik eira baru pulang dari sekolah.si kecik nie kalau nampak eira online muela la dia nak menyelit dengan badan tembam dia.muat-muat aje dia nak meloloskan diri.
anyway sekarang eira nak share story yang buat eira, dan mak eira terkejut.even abang angah eira pun.dalam pale hotak eira nie masih terfikir-fikir.apa yang along cakap itu benar atau hanya sekadar gurauan.

malam semalam tengah lentok seronok tengok cerita bones.korang tengok tak?ala yang kat ntv7 tu.best taw.then mak masuk bilik mintak eira masukkan lagu dlam fon mak.then tetiba je along call.sejak dah bedal no maxis eira.so now eira tak ada no maxis la.sob.sob.makin sakan dia calling-calling.murah kalau selalunye dia pakai celcom.parah sikit la.selalu call kat fon eira je.now dah ade due-due oke la tu.
but eira musykil la.nape tetiba je along cakap nak bertunang.ape yang terjadi?urm.memang dulu along dengan awek dia dulu-dulu dah plan smue.but kite hanye merancang tuhan yang tentukan.kan..kan?so tak kesampaian.then mak cari calon untuk along but lain pulak jadinye.ingatkan oke la.but gurl tu pulak menyepi kan diri.nak buat macam mane.then angah bagi no fon sorang awek nie.baru bape minit je kenal.dah mule nak panggil along sayang la.eh?what was that?bukan eira tak suka just musykil taw.

entah la.masih terfikir-fikir nie.baru kenal bape minggu je.kekadang kite pun sendiri tak sangka jodoh kite macam mane.just one thing eira hope sangat.hope gurl tu tak la mempermainkan abang eira.kalau dibuat macam tu.eira cili-cili mulut dia.manis sangat berbicara.orang lain merana.

kalau betui along nak bertunang eira doakan abang eira sentiasa bahagia dan gembira.hope dia dapat ubah perangai terlalu ikut kawan tu.tak baik untuk kesihatan diri dan keluarga ^_^

p/s:lepas along,angah.lepas angah eira pulak bertunang.waaa....:)

perlukan cerita pembuka bicara

assalamualaikum kawan-kawan.good morning.still morning kan?dah pukul 11.25.niat hari nie eira nak bangun awal.nak kejutkan en.hati pergi kerja.semalam en.hati bad mud sebab tempat kerja dia.sian en.hati.sabarnye.lumrah bekerja memang macam tu kan?sabar ye sayang :)
harinie eira perlukan cerita sebagai pembuka bicara :)
semalam eira mengalami insomia susah betui nak tidur.sejak akhir-akhir nie.entah kenapa susah nak tidur.fikirkan pasal result yang bakal keluar.surat dari kolej.arghh..agak tension disitu.
bangun pagi di kejutkan adik eira.
                     
                          adik: "akak masak laksa tu.abah nak makan"

dengan muka mamai tak basuh muka.eira bangun tengok jam.ala baru pukul 10.tengok abah tengah bace newspaper.eira terus grab periuk nasik yang lawa berkilat.terus eira amik laksa yang direndam dalam mangkuk.dengan muka ngantuk eira mula basuh laksa tu semua.then masak laksa tu.biar seketika until ianye masak.eira pun bergesa bagai nak rebah ke bumi.amik bantal busuk tarik tilam adik kecil mule la badan eira jatuh ke bumi.hihi.mula la pastu.amik remote tv.cam bese.bukak tv tu mula la lentok tengok tv.suke tengok tv show martha stw...lupe la nak eja nama penuh dia.oke.dah tu belek channel len pulak.eira ingatkan mata akan tertutup.but akibat seronok tengok tv tak jadi tidur.asyik bangun usha laksa.tkot jadi lembik pulak.done siap laksa.bukak lappy terus bukak blog nie ha.
rasanye aktiviti pagi eira tak ade la best mane.cam bese.selalunye bangun lewat.bese la cuti-cuti macam nie.rest je banyak.kerja kurang.dah masok sem 5 nanti.gigit kuku nampaknye. :)

Sunday, June 12, 2011

masalah teknikal di kaki

hello readers..nie nak share something nie....sepanjang eira hidup nie.dah 21 tahun dah.even belum genap lagi.baru eira sedar kaki eira ada masalah teknikal.itu yang sedihnye.kalau dulu kecik-kecik selalu kena pergi hospital buat check up.eira ingat lagi.mesti kena ponteng kelas taw.yang bestnye lepas pergi hospital tu abah bawak pergi jalan-jalan kat chow kit road.waa..rindu nak pergi sane.hehe.makan bihun sup kat sane.waa..sedap taw.entah ada lagi ke tak kan.hihi.oke la..straight to the point ok. :)..actually sejak dah berusia nie eira baru sedar nape kaki eira mesti saket.dan kaki eira kekadang tak boleh kena sejuk.mula la nak efet kat badan.demam la..selepas di teliti oleh eira dan adik eira yang ketika itu menjadi tukang urut eira.upenya kaki eira pendek sebelah.tak sama panjang.memang kaki manusia camtu ke?kaki korang cam tu tak ?huhu..kesedihan terungkap seketika disaat menyedari kaki eira mengalami masalah teknikal.sob.sob....
mak lak suruh eira pergi cek kat hospital.alamak.bukan minat eira la nak pergi hospital.mula la eira tarik muke panjang.mogok tak nak pergi.pastu kena marah mengadu kat mak kaki saket.hihi..nak manje-manje cikit pun susah..hehe.maybe eira kena gak buat cek kat hospital kan.untuk kesihatan eira..urrmm..i should think about it..

Saturday, June 11, 2011

heran dengan berukband celcom nie.

hello reader..here some story eira nak cerita nie..baca elok-elok taw.actually eira pelik dengan bb eira.entah kenapa mengapa dan bagaimana.sejak tukar package dari rm 68 to rm 48 eira jadi weird dengan bb nie.asal pasang bb je.mesti ada radio la..mula la nak kuar lagu.entah dari mane muncul eira pun tak taw au..nie pasang bunyi lagi.oke la..pasang kuar lagi.kekadang ada gak kuar iklan sal artis.so listening je la..kih..weird tu memang weird gak la.sebab tak pasai-pasai ada iklan.but anyway just hope bb nie berjalan dengan lancar sebelum di belah menjadi dua.ada berani?hahahaha...oke la..nanti eira story lagi taw.banyak benda nak berbicara.tangan pulak dah gatai nak menaip.bese la.lama gak tak update blog nie..ehhh..kejap.bukan bape hari yang lepas eira dah update kan?oohh..tua-tua nie dah nyanyuk pulak dah.haha..oke...nak pegi makan sat..daaa...

tekanan hangin satu badan

punca penyakit hangin nie disebabkan satu benda yang eira rasa geram macam nak patah due je taw
ini dia!ha...

mungkin tak seindah dari yang asal.but ini la punca eira hangin giler-giler taw..
cam nak campak je..gilo den rase!
nak aje pokpek ngan bb celcom nie..ape hal nye line cam siput lagi?siput pun laju kot..perghh..tensioonn

Friday, June 10, 2011

black head!oh no!!

when i found i got black head.its worst!i wanna scream out loud.argggghh!!!


after done treatment.i make my own treatment.haha..pakai hantam je.
then my nose look like a clown.sob..sob..it hurt


then i use biore pore pack.boleh la..
but it leaving a scar because of my treatment.it like breathe right.


now think how can i remove the scar..grrrr!

Thursday, June 9, 2011

hidup manusia,ada masam manisnya.

hello reader.lama tak update blog.disebabkan internet low and de problem sikit.so agak susah la nak bukak blog nie.kekadang rasa macam nothing je.so kembali bercerita oke.
so like title eira kat atas sekarang nie.
hidup manusia.ada masam manisnya,ada pahit,ada tawarnya.kekadang kita diatas.kekadang kita dibawah.hanya kita yang corakkannye..betui kan?based on what we do.is what we get.apa la yang eira ngrut speaking pulak dah.hak3.well actually,hidup nie macam laut.ada ombak.ada surut.ada air pasang.ada air masin.haha..mula dah ngarut tu.eira rasa macam tu la hidup eira.kekadang eira harap benda nie smua tak jadi pada eira dan keluarga eira.tak sanggup tengok dorang saket-saket.eira tak paham kenapa ada manusia yang bertopeng manusia sedangkan hakikat dia adalah syaitan?eira tak sangka benda nie smue jadi pada eira.sejak pindah kedah.orang yang kita anggap jiran rupanya syaitan.berkawan dengan makhluk tu untuk menjatuhkan keluarga eira.semalam mak eira pulang dari kerja.hampir kemalangan.kereta terlanggar mak eira dari belakang.nasib baik tak ade ape-ape.pulang mak dari rumah adik si farah tu pulak kena rasuk.badan kaku keras je.eira pun dah hilang arah tengok dia macam tu.sebab dah terlalu biasa.eira dengan adik eira(fatin) mula tak ada mood nak tengok sebab adik keras tak ada respon lansung.macam kami cuba.still keras.
tetiba farah asyik menunjuk jari kearah mak.kejap arah rumah jiran yang buat dajal kat family eira tu.rupanya semalam ada orang letak kaca depan rumah.mak pulak yang pergi sentuh.eira dah cakap jangan sentuh.tunggu pagi nanti.tak sangka mak sentuh.sekarang dekat mak pun ada.dekat farah pun ada.rupanya dorang antar santau.saket hati tak abis.entah bila smua nie akan berakhir?eira tak paham.apa masalah orang-orang kampung nie ha?bile orang kate dorang nie hulu.marah pulak.tak abis nak jaga tepi kain orang.bila nampak orang tu membangun sikit mula la hidup tu tak tenang..seyes.eira dah nampak macam kat sekeliling eira.jangan kata orang.sedara mara sendiri pun dah lebih kurang.smpai skunk kami tak de dah nak contact sedara.nak buat ape?time dorang susah kami tolong.time kami  macam nie.ade ke dorang nak muncul?alasan takot anak bini dorang kena la.ape la.orang taman eira pulak dok perli-perli abang eira sebab masok askar.excuse me?eh..dorang tu pun dlu askar.sebabkan politik dorang belagak.kalau pergi surau hanya orang pas je yang boleh masok.dulu pernah taw kawan-kawan abang eira nak solat kat surau.tak pasai kena perli.smpai skunk surau tu tak ada anak-anak muda taman yang solat kat situ.apa masalah dorang ha?bagus sangat.kalau difikirkan.7 tahun stay kat sini.eira macam nak bawak family keluar dari rumah nie.along ada cakap,ini rumah kite.peduli ape orang cakap.aku takkan pindah.betui gak.lagipun kami hidup tak pernah guna duit dorang pun.so?

itu yang eira maksudkan dengan hidup.eira nie dari kecik merantau.macam-macam orang kami pernah tengok.ini la yang 1st time eira tempuh hidup macam nie.alhmadulliah keluarga eira msih kuat.kami masih bersatu.setiap yang berlaku ada hikmahnye.
"Ya Allah,aku pohon padaMu.bukakkanlah pintu hati orang-orang disekiling kami.agar mereka sedar dengan perbuatan mereka.dan kembali ke jalanMu".amin
eira harap satu je.semoga keluarga eira kembali macam dulu.eira berharap dapat keluarga yang bahagia.
ini la lumrah hidup.

Wednesday, June 8, 2011

hilang sudah rasa sayang

hello readers.apa yang korang fikir bila hati dah hilang rasa sayang terhadap seseorang?
bila hati dah hilang rasa sayang.maka hilang la rasa cinta.hilang la rasa rindu.bila hati dah rasa pedih akibat disakiti hilang la sidia dihati.itu yang eira rasa.makin disakiti makin eira berfikir."adakah aku layak untuk layak dia""adakah dia yang terbaik buat ku?"andai dia adalah buatku.bukakan lah pintu hatinya agar memahamiku dan hargai diriku disampingnya.


Friday, June 3, 2011

sesat dalam nuffnang



ohh!!i'm lost.dimanakah saya.
macam mana nak guna kan nuffnang nie???

konfius teramat nie..


saya sesat :(

tiada persahabatan yang ikhlas antara lelaki dan perempuan

bercinta?semua orang pernah bercinta kan?dan mengalami alam percintaan.ada yang manis bak gula.ada yang pahit bak peria.ada yang masam bak asam jawa ada yang tawar bak air kurang gula.whatever is.cinta itu tetap cinta.andai seseorang bercakap..

                        "ha??bercinta?for what?aku tak perlukan lelaki untuk bagi cinta pada aku."

cam lagu PCD la.i don't need a man.eira use to be someone like that.never been  in love.until eira jatuh hati pada kawan sendiri..ohh!it worst!rasa macam dah tertelan kata-kata persahabatan.bila hati ada sayang lebih dari kawan.dimata eira dia mampu buat eira tertawa.tapi hakikatnya,ianya sekadar cinta bertepuk sebelah tangan.nothing je.just eira over lebih-lebih.sekarang nie,sikit-sikit nampak muka lelaki lain macam dia.sekali tengok la.due kali tengok "eh?betui ke nie?? berkali-kali tengok perghh!!orang lain la..konfom orang tu pelik eira tengok dia banyak kali.buatnya ada makanan terlekat celah gigi ke?kesian dia.

"tiada persahabatan yang iklas antara lelaki dan perempuan"

eira tak ingat mana eira dengar word kat atas tu kat mana.maybe pengaruh cerita korea terlampau kot.tapi memang itu la hakikat.semuanya terletak pada hati sendiri.masing-masing punye hak tu merasa jatuh hati.even pada sahabat sendiri right?bila kita sedar "ohh!dia sahabat ku.tak boleh...no..no...
always think about that.how horrible!
sekarang!kata pada hati dia sekadar kawan,sayangi persahabatan kami more than everthing ^_^

Thursday, June 2, 2011

iklan???

ok harinie eira pergi celcom centre.down grade dari rm 68 to rm 48
murah ckit.hidup student nie bukan mewah sangat.hehe.banyak tul kena bayar.sedar-sedar duit dah abis
tak sempat langsung nak shopping..fuhh!!terkilan.dah la kat kedah nie
barang murah-murah taw.ade sale.tadi pergi ngan abah kat village mall..
perggghhh..banyak gler kasut..sale woo...tu pun melepas fikir kena bayar bill broadband la.


so for now better la nak use.lagipun dah tak ada point nak online dah.
then dah down grade,tetiba la.bile dah connect kat lappy ada pulak iklan.
yang pelik mane datang entah la.iklan gosip antarabangsa..ape kah itu???
terpinga-pinga jugak tadi.disconnect la broadband tu then connect balik.
rupenye bb punye hal.ingatkan pasang video ke ape tadi.buat cuak je.
hak3..iklan ngarut je...

Thursday, May 26, 2011

mini cupcakes

bagi mengisi masa cuti-cuti eira,sambil-sambil mengisi masa terluang eira mengajak adik eira buat cupcakes.eira prepare smue barang.selongkar almari dan peti ais ha!jumpe pun.so memang ade rezeki la nak buat cupcakes.hehe.tercapai pun.dengan berbekalkan kemahiran yang tak seberapa eira dan adik eira start buat cupcakes.so here cupcakes yang dah siap :)even buruk ckit designnye.budax baru belajar :)








de iras-iras domo tak?niat nak wat cam domo.
tapi susah la pulak.huhu.coklat putih tak ade.so coklat urai je la.

nie pulak tukang makan.tunggu mase untuk makan je tu.

Wednesday, May 25, 2011

ingin cantik seperti anda


waa..ramai betui wanita dan gadis-gadis yang cantik kat luar.
like their style,their dressup.smuanya perfect for them.
but me?argh!!i wish i beautiful just like them.

i know i'm not pretty like other.
semua orang ingin kelihatan cantik kan?
ingin nampak lawa.tapi jangan lupa.lawa hati budi mengatasi lawanya wajah :)
masa kini banyak fesyen tudung dah muncul.
macam-macam jenis.dah jadi trend.ingin cuba.
sebab nampak orang lain pakai sikit.waa..lawanya dia.
mesti orang akan cakap
"hey,you nampak lain la."
"macam mane you pakai shawl nie?"
"you so sweet"

kawan-kawan eira ada cakap.orang pakai tudung lawa sebab dorang tu memang dah lawa.
yup!that rights.keindahan wajah berpihak pada orang yang lawa.but me?
pakai apa pun tak lawa.sebab memang eira tak lawa.tu malu bila member nak amik gambar.
rasa macam eira dah cacatkan gambar tu.arggh!!

eira ingin cantik seperti anda.susah ke?

blog walking..


oh noo..time asyik dok buat lawatan blog.ala cam yb gitu
eira bukak blog kak elia.suka baca blog dia.
ala tunang khairul fahmi pemain bola sepak tu.
patot lama tak ada news dari blog jejariruncing.rupanye
owner blog iaitu kak elia saket.
oh noo.hope kembali sehat ye.chaiyok!

Tuesday, May 24, 2011

mee bandung untuk mak :)


semalam teringin nak buat mee bandung.memang dah jadi kebiasaan mesti teringin nak makan.
kalau teringin je konfom nak buat.bile dah nampak dalam peti ais dah ada bahan-bahannye
so rasa senang sikit nak buat.
even simple je.janji boleh makan.n ada rasa mee bandung..:)





saje wat decoration macam nie.letak telur yang direbus kat atas.tak suke bila telur dipecahkan.
kuahnye kelihatan cair ckit.lepas nie nak buat pekat jelas terasa nikmatnye :P
mee bandung nie telah dirasmikan oleh Puan Hamidah(my mum)

Tuesday, May 3, 2011

mpm..oh!mpm..


kawan-kawan semua.esok eira ade presentation for final project.
mpm.waaa..berdebar lak rase.hope everything going so well 


nampak tak??hehehe..actually nie la waktu yang same waktu dengannye
eira kena present.huhu

kelik ekot suka ye :)